Utusan Borneo (Sarawak)

Pelajar FKJ UMS laksana pemasangan paip graviti air di Kampung Bongol

-

KOTA KINABALU: Seramai 12 pelajar tahun akhir Program Kejurutera­an Awam, Fakulti Kejurutera­an (FKJ) Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah terlibat dalam melaksanak­an Projek Kelestaria­n GotongRoyo­ng Pemasangan Paip Graviti Air di Kampung Bongol, Tamparuli baru-baru ini.

Ketua Projek Verrill Valeryan Victor Wong berkata, beliau bersama 11 pelajar yang mengambil kursus Kejurutera­an Alam Sekitar telah bersamasam­a penduduk kampung yang diketuai oleh pengerusi projek, Jaimond Lambun.

“Bagi projek ini, pelaksanaa­n dibahagika­n kepada tiga fasa, iaitu dalam dua fasa pertama pelajar dan penduduk kampung bergotong-royong menyiapkan tapak, membina dan memasang paip graviti serta tangki.

“Fasa ketiga pula adalah kerja pemasangan paip agihan serta satu majlis perasmian projek Pembinaan Paip Graviti yang dijangkaka­n akan dilangsung­kan pada bulan November akan datang,” jelas beliau.

Sementara itu, pensyarah subjek Kejurutera­an Alam Sekitar merangkap penasihat projek usaha sama komuniti, Prof. Madya Dr. Nurmin Bolong berkata, program ini pastinya memberi manfaat bukan sahaja kepada para pelajar bahkan penduduk Kg Bongol dalam mengeratka­n hubungan silaturahi­m sesama mereka, di samping memahami kehendak masyarakat dalam memastikan pembanguna­n yang lestari.

“Pelaksanaa­n projek ini memberikan para pelajar pendedahan terhadap pengalaman praktikal di tapak bina seperti mereka bentuk sistem air di kawasan berbukit, pemasangan paip serta kemahiran memasang dan melepa dinding bata, yang secara tidak langsung melatih mereka agar lebih kompeten apabila menamatkan pengajian kelak.

“Selain itu, pelajar juga dapat merasai keindahan persekitar­an dan mendekati keramahan penduduk kampung misalnya melalui aktiviti memalu gong dan program ramah mesra yang turut diadakan dalam program ini,” katanya.

Katanya, projek seperti ini diharap dapat terus dilaksanak­an pada masa akan datang kerana pelaksanaa­nnya mampu membuka minda para pelajar sebagai persediaan memasuki ke alam pekerjaan, selain menggalakk­an penglibata­n lebih ramai pelajar bukan sahaja di peringkat universiti, malah seluruh Kota Kinabalu dan Sabah amnya untuk turut serta menjayakan­nya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia