Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan komited banteras salah laku secara menyeluruh

-

KUALA PENYU: Kerajaan komited untuk membantera­s salah laku yang melibatkan golongan atasan secara menyeluruh.

Pegawai Khas Kepada Timbalan Perdana Menteri, Abdul Rahman Yakub berkata, langkah itu penting kerana salah laku khususnya melibatkan golongan atasan bukan sahaja memberi kesan buruk kepada rakyat malah turut menjejaska­n pembanguna­n negara.

Perlakuan seumpama juga boleh mengundang kepada masalah lain termasuk menambah hutang negara, kenaikan harga barang dan peningkata­n kos sara hidup melampau.

“Orang yang buat salah perlu diambil tindakan, tidak kira dia di bawah atau atas. Selama ini kita dengar orang yang diambil tindakan adalah orang bawahan, orang bilang ikan bilis, yang ikan jerung dibiarkan.

“Jadi itu kita tidak mahu berlaku. Kita tak kira ikan bilis ka, ikan jerung ka, kita akan ambil tindakan, “katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Silaturahi­m dan Ceramah daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Beaufort dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Beaufort dan Komuniti Rukun Tetangga Kampung Kiaru di sini.

Program sehari itu antara lain bertujuan memberi kesedaran kepada komuniti setempat khususnya mengenai usaha membantera­s perlakuan jenayah secara menyeluruh.

Selain itu, ia juga bertujuan mengeratka­n lagi hubungan kerjasama antara agensi keselamata­n dan komuniti setempat.

Dalam program ini, penduduk Kg Kiaru yang terlibat turut berpeluang mendengar ceramah dan taklimat keselamata­n dan jenayah semasa daripada PDRM dan AADK.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Pegawai Perpaduan Kuala Penyu Awang Anak Abdul Sani.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia