Utusan Borneo (Sarawak)

Michael Buble kembali dengan album baharu, akui kehidupan berubah

-

mengeluark­an lagu ‘single’ baharunya ‘Love You Anymore’, tulisan Charlie Puth, beberapa hari lalu, bersikap rendah hati mengenai pengalaman­nya.

“Tidak ada seorang pun daripada kita yang dibiarkan bersendiri­an oleh kehidupan dengan cara itu,” katanya.

“Itulah kehidupan dan saya sebenarnya rasa syukur, saya mempelajar­i apa yang maksud perkataan ‘grace’ (rahmat) bagi saya dan saya cuma fikir bahawa setiap keluarga menanganin­ya dengan cara berlainan dan sedaya upaya mereka.

“Saya rasa ia adalah penting bagi semua kita untuk mencuba yang terbaik, untuk dapat melihat ke hadapan, untuk cuba tidak terlalu memikirkan tentang masa silam,” ujarnya.

Penyanyi itu baru-baru ini menolak laporan yang diterbitka­n dalam akhbar Daily Mail bahawa dia akan bersara daripada muzik.

Album baharu Buble ‘Love’ akan dijual pada 16 November. — Reuters PENYANYI rock British Noel Gallagher menang di Anugerah Q yang diadakan di London barubaru ini di mana beliau membawa pulang dua hadiah di acara tahunan itu yang dihoskan oleh majalah muzik UK, Q.

Bekas penulis lagu Oasis itu, yang mengeluark­an album ketiganya ‘Who Built the Moon?’ bersama kumpulanny­a High Flying Birds pada tahun lepas, memenangi kategori Artis Solo Terbaik Q dan kategori Sumbangan Cemerlang Q Kepada Muzik di majlis tersebut yang diwujudkan pada 1990.

Penyanyi-penulis lagu Paul Weller, yang menjadi masyhur bersama The Jam pada tahun 1970an dan pada minggu lepas membuat persembaha­n yang menjangkau seluruh karier di Royal Festival Hall, London, dipilih sebagai ‘Persembaha­n Terbaik Di Dunia Pada Hari Ini’.

Kumpulan pop duo Let’s Eat Grandma memenangi anugerah Album Terbaik Q untuk ‘I’m All Ears’ manakala Persembaha­n ‘Breakthrou­gh’ Terbaik Q dimenangi bersama dua kumpulan, Goat Girl dan Idles.

Kedua-dua kategori adalah antara beberapa kategori yang diundi oleh pembaca majalah tersebut.

Penerima penghormat­an lain termasuk penyanyi utama kumpulan Suede, Brett Anderson, yang memenangi Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Q, pengasas bersama Chic, Nile Rodgers, yang diberi penghormat­an sebagai Legenda Q manakala Ikon Q dimenangi penyanyi utama kumpulan Echo & The Bunnymen, Ian McCulloch.

Kumpulan ‘indie’, Wolf Alice, yang pada bulan lepas memenangi hadiah Mercury Prize yang dihormati di Britain untuk album yang menerima pujian daripada pengkritik ‘Visions of a Life’, membawa pulang anugerah dalam kategori Persembaha­n Secara Langsung Terbaik Q. — Reuters

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia