Utusan Borneo (Sarawak)

Penganggur dicekup bersama 17 batang besi curi

-

KUCHING: Padah curi besi di tapak binaan projek Lebuh Raya Pan Borneo, seorang penganggur berusia 37 tahun dicekup bersama 17 batang besi yang dicurinya petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Serian DSP Aswandy Anis berkata, tangkapan itu berdasarka­n satu laporan polis yang dibuat penyelia tapak projek berusia 35 tahun berhubung kejadian kecurian besi.

“Pada Jumaat lalu, sekitar jam 11.30 malam, abang saudara pengadu telah dihubungi pengawal keselamata­n yang bertugas di tapak projek berdekatan Jambatan Sadong, Serian yang memaklumka­n terdapat sebuah kenderaan telah mengambil 17 batang besi jenis T25 sepanjang lebih kurang empat meter.

“Abang saudara pengadu bersama rakan telah mengejar suspek dan berjaya menahan suspek di Batu 16 Jalan Kuching-Serian sebelum menyerahka­n suspek kepada anggota unit peronda IPD Kota Padawan bersama barang kes,” katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.

Aswandy memberitah­u, suspek dan barang kes dibawa ke Balai Polis Siburan untuk tindakan lanjut.

“Pada Sabtu lalu sekitar jam 12.25 malam, bertindak atas maklumat diterima, di Batu 16 Jalan Kuching- Serian, pengadu bersama anggota peronda IPD Padawan yang bertugas telah membuat tangkapan semula ke atas suspek yang diserahkan oleh orang awam bersama rampasan barang kes,” dedahnya.

Menurutnya, antara barang yang dirampas, sebuah kereta yang sarat dengan 17 batang besi jenis T25.

“Kami akan memohon mahkamah menahan reman suspek selama empat hari bagi membantu siasatan,” ujarnya.

 ??  ?? DITANGKAP: Suspek berjaya diberkas bersama barang curi.
DITANGKAP: Suspek berjaya diberkas bersama barang curi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia