Utusan Borneo (Sarawak)

DAM hebat, aktif dan setia bangunkan komuniti Dayak Miri

-

MIRI: Persatuan Dayak Miri (DAM) merupakan persatuan cukup hebat, aktif dan setia membangunk­an komuniti Dayak di Miri.

Perkara itu dijelaskan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau ketika merasmikan Pertanding­an ‘ Ngajat dan Bertabuh’ anjuran DAM di sini petang Jumaat lalu.

Beliau hadir mewakili Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

“Tahniah kepada komuniti Dayak kerana memilih untuk bersatu dan bekerjasam­a semata-mata ingin mengangkat martabat kaum Dayak di Miri,” katanya.

Beliau turut menganggap DAM sebagai rakan atas kerjasama mengendali­kan aktiviti berkaitan kaum Dayak selama ini.

Sebagai wakil rakyat, Dennis terharu dengan usaha DAM menganjurk­an pertanding­an itu dianggap penting dan istimewa untuk mempertaha­n seni budaya kaum Dayak.

Menurutnya, aktiviti dapat menanam disiplin tinggi dalam diri peserta sekali gus menguatkan rasa cinta mereka kepada adat dan budaya kaum.

“Mereka yang pandai menari dan suka akan kebudayaan mempunyai karektor begitu manis. Mereka pandai menari apa juga tarian asal usul mereka.

“Tidak kira lelaki atau perempuan, mereka mempunyai karektor manis dan baik berbanding mereka yang langsung tidak mempedulik­an kebudayaan mereka,” jelasnya.

Pada majlis itu, Dennis turut menyampaik­an cek bernilai RM50,000 daripada Uggah kepada DAM.

Terdahulu, Presidenny­a Serawa Budol berkata pertanding­an adalah sejarah baharu untuk DAM kerana pertama kali dianjurkan bagi mengekalka­n dan mempromosi­kan adat asal kaum Dayak dan bakat kepada masyarakat.

DAM menganjurk­an kelas ngajat sejak 10 tahun lalu dikendalik­an setiap Februari dan Mac sementara kelas bertabuh dikendalik­an sejak dua tahun lalu.

“Hari ini, kita ingin menonjolka­n kebolehan atas usaha kita sejak 10 tahun lalu memberi impak dan bakat untuk kita mempromosi­kan budaya kita,” jelasnya.

Pertanding­an disertai sembilan kanak- kanak untuk ngajat, enam kumpulan untuk bertabuh terbuka, lima untuk ngajat terbuka wanita individu, tujuh untuk ngajat terbuka lelaki individu dan empat kumpulan ngajat untuk kategori berkumpula­n.

Hadir sama Penasihat DAM Alexander Isut dan pengerusi penganjur Jacqueline Selaka.

 ??  ?? TERIMALAH: Dennis menyampaik­an cek kepada Serawa bersama jawatankua­sa DAM pada perasmian Pertanding­an ‘Ngajat dan Bertabuh’ di Miri petang Jumaat lalu.
TERIMALAH: Dennis menyampaik­an cek kepada Serawa bersama jawatankua­sa DAM pada perasmian Pertanding­an ‘Ngajat dan Bertabuh’ di Miri petang Jumaat lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia