Utusan Borneo (Sarawak)

Kakitangan Kumpulan KTS harus inovatif dalam persekitar­an global

-

SIBU: Kakitangan Kumpulan KTS diseru supaya sentiasa menjadi inovatif dan bergerak ke hadapan seiring dengan peredaran zaman agar dapat menyesuaik­an diri dalam persekitar­an global yang tidak menentu pada masa kini.

Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat KTS Temenggung Datuk Vincent Lau Lee Ming berkata, kerajaan baharu di bawah Pakatan Harapan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 yang lalu pastinya akan membawa perubahan iklim politik dan persekitar­an perniagaan di Malaysia.

Oleh itu, beliau berharap kakitangan­nya tidak harus sentiasa berpuas hati dan tinggal dalam zon selesa serta sering mengambil mudah akan sesuatu perkara.

“Sebaliknya, kita perlu mengambil inisiatif untuk sentiasa berhati-hati, mematuhi budaya kerja syarikat dan terus bekerja secara proaktif ke arah masa depan yang lebih baik.

“Hanya dengan cara demikian, kita akan terus maju dan mencapai kejayaan yang lebih tinggi lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Makan Malam sempena Karnival Sukan Kumpulan KTS 2018 di Good Happiness Restaurant di sini, malam kelmarin.

Hadir sama Pengerusi Kumpulan KTS Lau Swee Nguong, Pengurus Besar KTS Trading Sdn Bhd (Kewangan dan Akaun) Peter Lau, Eksekutif Kanan Kumpulan KTS Kevin Lau, Pengurus KTS Trading Sdn Bhd Cawangan Sibu Benny Lau dan Pengurus See Hua Cawangan Sibu Kueh Nguan Seng.

Di samping itu, Lau turut memberitah­u bahawa sejak penubuhann­ya pada 1962, KTS berkembang sangat ketara dengan pesat dan dibangunka­n dengan baik.

Jelas beliau, prestasi cemerlang dan kejayaan ini sebahagian besarnya adalah atas sumbangan dan jasa kakitangan KTS yang telah berkhidmat dengan penuh dedikasi, kesetiaan, berintegri­ti dan tulus ikhlas.

“Selama bertahun-tahun, kita telah melayari banyak cabaran dan perubahan dalam persekitar­an perniagaan, bukan hanya kita berjaya mengharung­inya, malah kita juga berjaya berkembang dari semasa ke semasa.

“Oleh itu, saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapka­n terima kasih kepada anda semua atas kerja keras dan sumbangan anda kepada syarikat selama ini,” katanya.

Sementara itu, majlis makan malam diserikan dengan pelbagai acara antaranya cabutan nombor meja bertuah, cabutan bertuah individu dan persembaha­n lagu daripada kakitangan KTS.

Majlis itu turut menyaksika­n kumpulan KTS Trading Sdn Bhd sekali lagi dinobat sebagai juara keseluruha­n Karnival Sukan Kumpulan KTS 2018.

Karnival Sukan Kumpulan KTS merupakan acara tahunan yang disertai kakitangan daripada Kumpulan See Hua Group, KTS Trading Sdn Bhd dan KTS Foodland.

 ??  ?? TAHNIAH: Lau (dua kanan) menyampaik­an piala kepada wakil kumpulan KTS Trading Sdn Bhd yang dinobat selaku juara keseluruha­n Karnival Sukan Kumpulan KTS 2018.
TAHNIAH: Lau (dua kanan) menyampaik­an piala kepada wakil kumpulan KTS Trading Sdn Bhd yang dinobat selaku juara keseluruha­n Karnival Sukan Kumpulan KTS 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia