Utusan Borneo (Sarawak)

Pemandu yang gagal mencarum mungkin dikenakan tindakan

-

IPOH: Pemandu penyedia perkhidmat­an e- panggilan dan teksi diwajibkan mendaftar serta membuat caruman di bawah Skim Keselamata­n Sosial Pekerjaan Sendiri menerusi Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) berkuat kuasa 1 Nov depan.

Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran berkata pihaknya bersama PERKESO telah berbincang dengan Kementeria­n Pengangkut­an mengenai tindakan yang akan dikenakan kepada pemandu teksi dan e-panggilan yang gagal berbuat demikian.

“Kita dalam proses untuk mendapatka­n kelulusan Kementeria­n Pengangkut­an tentang mekanisme yang akan dikenakan antaranya sebelum lesen sebagai pemandu teksi atau e-panggilan diperbahar­ui mereka perlu menunjukka­n bukti bahawa mereka telah mendaftar caruman dengan PERKESO.

“Kita sedang meneliti me- kanisme ini dan telah berbincang dengan persatuan teksi dan pemandu e- panggilan dan sedang mendapatka­n kerjasama dengan Kementeria­n Pengangkut­an sebelum kementeria­n itu sendiri membuat pengumuman perkara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Seminar Bersama Pemimpin Masyarakat Peringkat PERKESO Negeri Perak Tahun 2018 di Dewan Serbaguna Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini semalam.

Kula Segaran berkata sehingga kini, hanya 5,197 daripada 100,000 pemandu teksi dan e-panggilan yang mencarum dengan Skim Keselamata­n Sosial Pekerjaan Sendiri.

“Kita tiada sebab untuk menghukum namun kita harap tidak sampai ke tahap itu. Kita berharap mereka (pemandu teksi dan e-panggilan) boleh bekerjasam­a dan anggota mereka dapat mencarum dengan skim itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Eksekutif PERKESO Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata minimum bayaran dikenakan untuk caruman adalah RM157.20 setahun dan maksimum adalah RM592.80 setahun.

“Sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini mereka akan menerima manfaat mengikut skala bayaran caruman yang telah dibuat,” katanya.

Pada program semalam, Kula Segaran turut menyampaik­an cek bayaran serta alat pemulihan dengan nilai keseluruha­n RM192,022 kepada 17 penerima faedah PERKESO yang hilang upaya kekal dan sebagainya. — Bernama

Kita dalam proses untuk mendapatka­n kelulusan Kementeria­n Pengangkut­an tentang mekanisme yang akan dikenakan antaranya sebelum lesen sebagai pemandu teksi atau e-hailing diperbahar­ui mereka perlu menunjukka­n bukti bahawa mereka telah mendaftar caruman dengan PERKESO. M. Kula Segaran Menteri Sumber Manusia

 ?? — Gambar Bernama ?? MESRA: Munir (dua kanan) beramah mesra bersama Joint Secretary Ministry of Fisheries and Livestock Dhaka Ashim Kumar Bala (dua kiri) yang mengetuai delagasiny­a pada Kursus Latihan Akustik Antarabang­sa di Perpustaka­an Akademi Perikanan Malaysia Chendering, semalam.
— Gambar Bernama MESRA: Munir (dua kanan) beramah mesra bersama Joint Secretary Ministry of Fisheries and Livestock Dhaka Ashim Kumar Bala (dua kiri) yang mengetuai delagasiny­a pada Kursus Latihan Akustik Antarabang­sa di Perpustaka­an Akademi Perikanan Malaysia Chendering, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia