Utusan Borneo (Sarawak)

Kes jenayah komersial di Terengganu meningkat dari Jan-September

-

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 172 kes berkaitan jenayah komersial yang melibatkan kerugian sehingga RM4.15 juta dikesan di Terengganu bagi tempoh Januari hingga September tahun ini.

Ketua Polis negeri Datuk Aidi Ismail berkata jumlah itu meningkat kira-kira 28 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu iaitu sebanyak 134 kes dengan jumlah kerugian sebanyak RM1.71 juta.

Katanya, daripada 172 kes berkenaan, 98 kes melibatkan penipuan oleh ‘macau scam’ manakala e- belian ( jualan dalam talian) sebanyak 37 kes serta ‘love scam’ dan ‘parcel scam’, juga 37 kes.

“Mereka ini bergerak dalam sindiket yang didalangi tiga kumpulan terdiri daripada orang tempatan, Afrika Selatan atau China,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas Majlis Serah Terima Jawatan Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, di sini semalam.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Allaudeen Abd Majid dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superitend­an Mohd Rawi Ab Ghani.

Pada majlis itu, Superitend­an Kamsani Hassan yang merupakan bekas Timbalan Ketua Polis Daerah Besut dilantik menjadi Ketua Jabatan Pengurusan Terengganu menggantik­an Superitend­an Rosdi Shariff yang bersara.

Dalam perkembang­an sama, beliau menasihati orang ramai supaya tidak mudah percaya dan panik apabila menerima panggilan mencurigak­an daripada pihak yang menyamar sebagai polis, bank atau pihak berkuasa lain.

Aidi berkata, golongan yang sering menjadi mangsa penipuan ‘love scam’ terdiri daripada wanita bujang manakala ‘Macau Scam’ pula terdiri daripada pelbagai latar belakang terutama mereka yang pernah mempunyai hutang atau bil-bil tertunggak.

“Saya nak tekankan di sini bahawa pihak polis tidak akan membuat panggilan kepada mana- mana orang awam begitu juga dengan pihak berkuasa lain atau bank. Jika ada sebarang kes kita akan hantar surat untuk panggil individu itu datang jumpa dan bukannya dengan menelefon dan meminta data peribadi yang nyata menyalahi undang- undang,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia