Utusan Borneo (Sarawak)

Drama dari Britain dan Brazil dapat pujian, tarik perhatian di MIPCOM

-

DRAMA televisyen baharu yang paling mantap pada tahun ini datang dari Britain dan Brazil, menurut pakar di acara hiburan terkemuka di dunia.

Siri-siri popular dengan penarafan begitu tinggi seperti ‘The Cry’ dan ‘The Bodyguard’ terbitan BBC mendahului “musim luruh yang khususnya mantap di UK”, kata Virginia Mouseler dari pangkalan data The Wit, “yang menggabung­kan kuasa bintang dengan cerita yang rumit dan menarik”.

“Drama British sangat jelas sudah kembali,” tambah penganalis­is itu, dan ceramahnya yang berpengaru­h ‘Fresh TV’ merupakan salah satu acara kemuncak di perhimpuna­n pembuat dan pembeli program MIPCOM di bandar raya French Riviera, Cannes.

Siri baharu dari Brazil turut menarik perhatian, dengan tiga drama menarik dari badan penyiaran Globo yang begitu diminati penonton Amerika Latin.

Richard Madden yang terkenal dari ‘Game of Thrones’ mendahului barisan pelakon dalam ‘The Bodyguard’, satu siri aksi politik tegang, yang telah memecah rekod muat turun di UK.

Mouseler menggambar­kan ‘The Cry’ - dibintangi Jenna Coleman - sebagai datang dari genre ‘maternity noir’ baharu.

Ia adalah cerita mengenai seorang ibu muda yang tidak menangani bayi baharunya dengan baik dan mengalami mimpi ngeri apabila anaknya hilang ketika mereka melakukan lawatan ke Australia.

Rangkaian komersil saingan di Britain, ITV, turut menarik ramai peminat dengan dua siri baharunya yang besar, katanya.

‘Strangers’ berlatarbe­lakangkan jenayah terancang kumpulan triad di Hong Kong, dan drama perubahan jantina baharu arahan Tony Merchant, ‘Butterfly’, yang bermula pada minggu lepas, adalah “tepat pada waktunya dan menyentuh hati”, iaitu cerita mengenai seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang mahu menjadi seorang kanak-kanak perempuan.

Siri besar yang popular di Brazil didahului drama favela yang penuh aksi ‘Impure’ di saluran Fox Premium mengenai seorang askar kacukan yang “berubah daripada seorang warga yang baik kepada seorang genius jenayah” untuk membalas dendam ke atas polis selepas mereka membunuh abangnya.

Siri ‘Harassment’ yang menyeramka­n dibuat berdasarka­n “kisah benar yang menakutkan tentang seorang doktor yang merogol 37 orang pesakit dan dijatuhi hukuman penjara hampir selama 300 tahun” bagi jenayahnya, kata Mouseler.

Reaksi kepada drama pelantar minyak ‘Iron Island’ begitu bagus sekali sehinggaka­n siri baharu ditauliahk­an sebelum siri pertama ditunjukka­n, ujarnya.

“Drama Amerika Latin sangat mengagumka­n tahun ini,” kata Mouseler, yang turut memilih telenovela Argentina ‘100 Days to Fall in Love’.

Lebih banyak adaptasi filem dan buku juga bakal ditayangka­n di atas skrin kecil, katanya, dan filem Jerman-Austria ‘M’, mengenai seorang pembunuh kanak-kanak yang berkeliara­n di Vienna, diambil daripada filem klasik arahan Fritz Lang pada 1931.

Versi TV bagi drama tegang arahan Jacques Audiard di Perancis pada 2009 ‘A Prophet’ juga dalam perancanga­n, menurut laporan pada Rabu lepas.

Buku paling laris tulisan Elena Ferrante ‘My Brilliant Friend’ akan ditayangka­n di Amerika Syarikat (AS) dan Itali pada bulan depan sebagai satu siri lapan bahagian, dan buku lain dalam siri novel Neapolitan­nya yang amat disukai juga bakal mengekori.

Penulis penuh misteri dari Itali itu menentukan segalanya di sebalik penerbitan, yang dikatakan amat setia kepada semangat ceritanya tentang persahabat­an yang berkekalan di antara kedua-dua gadis dari sebuah kawasan kejiranan yang daif di Naples.

Siri itu, satu sensasi penerbitan antarabang­sa, sedang ditayangka­n di AS oleh HBO.

Seorang lagi bintang ‘Game of Thrones’ Aidan Gillen turut menerima pujian di MIPCOM bagi lakonannya sebagai pakar astrofizik Allen Hynek dalam filem aksi UFO ‘Project Blue Book’, yang dibuat berdasarka­n siasatan dalam kehidupan sebenar oleh Tentera Udara AS berhubung penglihata­n UFO (Objek Terbang Tidak Dikenali) pada zaman 1950an.

Selepas ‘Money Heist’ memecah semua rekod bagi siri bukan Inggeris dalam Netflix, drama Sepanyol turut mempamerka­n prestasi yang mantap, kata Mouseler.

Program nombor satu di Sepanyol setakat ini adalah ‘Unauthoris­ed Living’ mengenai seorang ketua jenayah dadah dengan Penyakit Alzheimer yang mesti menurunkan empayarnya tanpa musuhnya menyedari kelemahann­ya.

‘Victim No 8’ mengenai satu serangan pelampau jihad fiksyen ke atas kota Basque, Bilbao, dan ‘More Than 100 Lies’, mengenai seorang penggodam sekolah yang menyebabka­n huru-hara apabila dia memecah masuk ke dalam telefon guru dan pelajar, turut mengagumka­n, katanya. — AFP

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia