Utusan Borneo (Sarawak)

Travelog jejak lagu rakyat Malaysia, Indonesia dan Brunei bersama Ainul Aishah

-

‘ALA Canggung’, ‘Anak Ayam’, ‘Anak Itik Tok Wi’, ‘Can Mali Can’ dan ‘Ayam Den Lapeh’. Sekadar menyebut beberapa tajuk lagu rakyat masyarakat Melayu yang popular sehingga kini.

Realitinya lagu-lagu rakyat adalah warisan bangsa yang perlu dipertahan­kan. Ini kerana lagu-lagu rakyat bukan sekadar menghibur tetapi ianya banyak mengandung­i unsurunsur didikan secara tidak langsung. Ini jelas dapat dilihat dalam seni kata lagu-lagunya.

Pada masa sama koleksi lagu-lagu rakyat ini melambangk­an kekayaan pemikiran dan seni budaya bangsa Melayu.

Justeru Radio Televisyen Malaysia (RTM) cuba mencuri tumpuan orang ramai terutama dalam kalangan remaja dengan menyiarkan travelog terbaharu berkaitan tentang informasi serta alunan lagu rakyat berdasarka­n kepada negeri-negeri di Malaysia dengan tajuk ‘Senandung Rakyat’ mulai 28 Oktober ini, setiap Ahad, jam 11.00 malam di TV1.

Bersama-sama hos Ainul Aishah, program 13 episod ini akan bertemu dengan seseorang yang arif tentang lagu rakyat negeri dipilih. Wawancara akan dilakukan oleh pengacara untuk mendapat maklumat lanjut serta berkongsi pengalaman sepanjang penglibata­n individu tersebut dalam bidang seni.

Beberapa buah lagu juga akan didendangk­an untuk dikongsi dengan penonton serta bertemu dengan pemain lagu rakyat yang lain serta persembaha­n oleh kumpulan kesenian berkaitan dengan lagu rakyat negeri yang terpilih.

Bermula dengan mengunjung­i negeri Perak bertemu Tokoh Lagu Rakyat Perak iaitu Mohd Yusof Najmi Othman yang dikenali sebagai ‘Abah’.

Beliau berkongsi pengalaman sepanjang penglibata­nnya dalam seni lagu rakyat semenjak zaman beliau bersekolah lagi dan beliau juga mendapat beberapa anugerah pihak kerajaan negeri semasa penglibata­n beliau. Abah menyampaik­an dua buah lagu iaitu ‘Belotah’ dan ‘Tak Serentang’.

Kemudian Ainul berjumpa dengan seorang penyanyi lagu rakyat Perak iaitu A Raman Aminudin@ Farouk dan artis jemputan Illya membawa Ainul untuk melihat persembaha­n Kumpulan Sutera Melayu.

Ainul kemudianny­a berkunjung ke Kuala Semantan, Pahang untuk berkongsi maklumat tentang lagu rakyat negeri Pahang bertemu dengan seorang penyanyi lagu Pahang yang masih lagi bergiat aktif iaitu Noor Azman atau lebih dikenali sebagai Man Kayan.

Ainul kemudianny­a mewawancar­a Mohd Fauzi Abdullah yang merupakan seorang tokoh pengkaji lagu rakyat. Beliau berkongsi maklumat tentang peranan serta kaitan lagu rakyat terhadap masyarakat yang merangkumi pelbagai aspek. Ia diakhiri dengan nyanyian Seloka Pak Kaduk, Dendang Seloka dan Lemak Manis oleh Mohd Fauzi.

Di Melaka pula bertemu dengan Ariffin Uzir, seorang penggiat aktif Nazam Melaka, juara pertanding­an Nazam Kebangsaan 2012. Ariffin juga berkongsi pengalaman beliau sepanjang dirinya terlibat dengan persembaha­n Nazam semenjak 20 tahun yang lepas.

Ainul kemudianny­a mewawancar­a Tokoh Nazam Melaka iaitu Ab Rani Embi yang bercerita tentang sejarah kewujudan Nazam di Melaka yang pada asalnya dibawa masuk oleh pedagang-pedagang Arab. Ariffin bersama kumpulan Rentak Mutiara mempersemb­ahkan Nazam Hati Mutiara untuk tontonan penonton rancangan.

Tidak kurang menariknya di Kuala Selangor, Selangor berkongsi maklumat tentang lagu rakyat negeri Selangor bertemu dengan Isnain Abd Rahim@Wak Nin yang sudah lama berkecimpu­ng dalam seni lagu rakyat dan merupakan ketua kumpulan Balle Balle. Beliau juga berkongsi pengertian di sebalik keunikan pakaian warna-warni Balle Balle yang melambangk­an cita rasa Malaysia.

Selepas itu, Ainul menemu ramah pula seorang Tokoh Karyawan Adat & Budaya Selangor iaitu Dr. Ibrahim Ghaffar yang berkongsi maklumat tentang lagu rakyat. Persembaha­n kumpulan Balle Balle menerusi lagu Joget Kuala Selangor dan Mambo Balle Balle mengakhiri rancangan episod di Selangor.

Ainul berkunjung ke Kuala Pilah, Negeri Sembilan untuk berkongsi maklumat tentang lagu rakyat Negeri Sembilan. Berlokasi di persekitar­an Istana Seri Menanti, Ainul bertemu dengan seorang penggiat lagu rakyat Negeri Sembilan iaitu Mohamad Abdullah.

Beliau merupakan seorang pengamal Bongai yang menyanyi sambil bermain rebana. Ainul kemudianny­a bertemu dengan Tokoh Teromba, Dato Paduka Dr. Mohd Rosli Saludin yang sudi berkongsi maklumat seperti definisi Teromba serta sejarahnya.

Destinasi Ainul yang seterusnya ialah ke Batu Kikir untuk bertemu dengan seorang lagi tokoh Bongai iaitu Pak Lang.

Lagu rakyat negeri Terengganu merupakan pilihan episod seterusnya. Di Muzium Negeri Terengganu bertemu dengan seorang pengamal lagu rodat Terengganu iaitu Syahira Nur Azmina.

Singgah di Kota Kinabalu, Sabah menyaksika­n persembaha­n lagu berjudul Baliung oleh seorang penggiat lagu rakyat iaitu Jasni Yakub.

Baliung merupakan lagu yang berentak puisi rakyat. Ainul bertemu dengan Masruh Siadik yang merupakan seorang insan seni daripada etnik Bajau.

Menarik dikongsika­n lagu rakyat daripada etnik Iban di lokasi Miri, Sarawak bertemu dengan penggiat lagu rakyat etnik Iban iaitu Unsa Meringai yang lebih dikenali sebagai Akik Unsa. Ainul juga menemu ramah seorang lagi tokoh lagu rakyat iaitu Jaya Ramba yang berkongsi tentang perkembang­an lagu rakyat Iban yang masih dimainkan dalam upacaraupa­cara adat dan Pesta Gawai di Sarawak.

Istimewa episod seterusnya mengetahui lagu-lagu rakyat negara jiran iaitu di Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam dan juga beberapa bandar besar di Indonesia.

 ??  ?? SENANDUNG RAKYAT: Ainul Aishah dalam bot menyanyi lagu ‘Menghilir Sungai Pahang’.
SENANDUNG RAKYAT: Ainul Aishah dalam bot menyanyi lagu ‘Menghilir Sungai Pahang’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia