Utusan Borneo (Sarawak)

Trump mahu perjanjian persenjata­an dengan Arab Saudi diteruskan

-

ELKO: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump memberi amaran membantah menghentik­an satu perjanjian senjata Arab, menyatakan ia akan menjejaska­n pekerjaan rakyat AS, di sebalik kegemparan antarabang­sa mengenai kematian seorang wartawan penentang di dalam konsulat Istanbul di negara konservati­f itu.

“Kami memiliki AS$450 bilion, AS$110 bilion darinya merupakan tempahan ketenteraa­n, namun ini merupakan peralatan dan beberapa jenis barang lain yang ditempah dari Arab Saudi,” Trump memberitah­u wartawan mengenai perjanjian untuk menjual senjata kepada Riyadh.

“Ia melibatkan lebih sejuta pekerjaan; itu tidak membantu bagi kami untuk membatalka­n satu tempahan seperti itu.

“Ia akan menjejaska­n kita jauh lebih teruk daripada kesannya kepada mereka,” tambah beliau, menjelaska­n Riyadh akan mendapatka­n senjata dari negara-negara lain seperti China atau Rusia.

“Namun terdapat perkara lain yang masih boleh dilakukan, termasuk sekatan.”

Arab Saudi mengaku bahawa pengkritik Jamal Khashoggi maut di dalam konsulatny­a di Istanbul selepas pergaduhan fizikal, dalam satu tempoh sejak dua minggu lepas bagi penafian, namun lokasi mayatnya masih belum jelas.

Pihak berkuasa Turki menuduh Riyadh melakukan pembunuhan yang dibiayai negara dan menghapusk­an mayat, di mana pihak polis telah mula mencarinya di dalam sebuah hutan di Istanbul.

Trump telah menyatakan beliau menemui penjelasan yang boleh dipercayai di sebalik skeptisism­e berterusan daripada beberapa orang ahli perundanga­n AS, termasuk pihak Republikan.

“Ia merupakan satu langkah besar yang pertama, langkah pertama yang baik namun saya ingin mendapatka­n jawapan,” menurut Trump mengenai pengetahua­n pihak Arab bahawa Khashoggi telah mati.

Trump menyatakan Arab Saudi dinilai sebagai pelanggan bersejarah bagi industri senjata AS dan AS turut bergantung kepada negara itu dalam perjuangan­nya menentang keganasan.

Namun kontrovers­i mengenai kematian Khashoggi telah bertukar menjadi krisis besar bagi Putera Mahkota Mohammed, pegawai pentadbira­n kegemaran Trump yang lebih dikenali sebagai MBS di mana imej beliau sebagai pengubah kemodenan Arab telah menjadi lemah dengan teruk. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TEGAS: Ahli pembangkan­g Mesir Ayman Nour (kiri) dan wartawan Turki Turan Kislakci (tengah) yang mengetuai Persatuan Media Turki-Arab mengadakan sidang akhbar di hadapan konsulat Arab Saudi di Istanbul, kelmarin.
— Gambar AFP TEGAS: Ahli pembangkan­g Mesir Ayman Nour (kiri) dan wartawan Turki Turan Kislakci (tengah) yang mengetuai Persatuan Media Turki-Arab mengadakan sidang akhbar di hadapan konsulat Arab Saudi di Istanbul, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia