Utusan Borneo (Sarawak)

Jamawi akan cari jalan penyelesai­an terbaik berhubung isu tanah penduduk

-

KEMABONG: Isu tanah di beberapa kampung iaitu Bunut Sapong, Biah dan Simpang Empat Sapong yang sebahagian­nya bertindih dengan tanah kawasan hutan simpan dan tanah milik Sime Darby perlu ada perbincang­an bagi mencari jalan penyelesai­an terbaik.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemabong Jamawi Jaafar berkata, beliau akan membawa isu ini kepada kerajaan dan juga pihak Sime Darby agar satu penyelesai­an terbaik dapat diputuskan bagi memberi ruang untuk penempatan penduduk kampung.

“Apapun jalan terbaik hendaklah diselesaik­an secara rundingan dengan kerajaan negeri dan saya akan mengadakan perbincang­an dengan pihak yang terbabit mencari penyelesai­an terbaik terhadap isu ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri program santai dan dialog bersama penduduk Kampung Bunut, Kampung Biah dan Kampung Sungai Empat Sapong dekat sini, baru-baru ini.

Bagaimanap­un menurut Jamawi penyelesai­an isu ini tidak akan dapat dicapai dalam tempoh yang singkat kerana ia melibatkan banyak pihak dan meminta supaya penduduk kampung terlibat agar terus bersabar.

Dalam perkembang­an lain Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan meminta masyarakat di kampung tersebut terus bersatu padu bagi menyokong usaha kerajaan membawa lebih banyak pembanguna­n untuk kesejahter­aan rakyat khususnya di kawasan Kemabong.

“Apabila rakyat bersatu padu saling bekerjasam­a sudah tentu memudahkan lagi kerajaan menyalurka­n pelbagai bantuan dan program pembanguna­n untuk kepentinga­n rakyat,” katanya.

 ??  ?? KOMITED: Jamawi menanam pokok sebagai simbolik perasmian program santai dan dialog bersama penduduk.
KOMITED: Jamawi menanam pokok sebagai simbolik perasmian program santai dan dialog bersama penduduk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia