Utusan Borneo (Sarawak)

MASIH UTUH DI PUNCAK LIGA

AXIS FC tinggal selangkah untuk merangkul kejuaraan K-League LSC 2018

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: AXIS FC hanya tinggal selangkah untuk merangkul kejuaraan KLeague LSC 2018.

Selepas mengharung­i sembilan perlawanan, skuad kendalian Ideris Untong itu masih unggul di puncak liga dengan mengumpul 24 mata tanpa sebarang tewas.

Manakala pencabar terdekat, KSK Satok kekal di tangga kedua dengan mengumpul 21 mata.

Kedua-dua lawan itu masih berbaki satu perlawanan pada Sabtu ini dengan AXIS FC akan menentang SSN Sarawak manakala KSK Satok berdepan Enraz FC.

AXIS FC dilihat berkelebih­an menjulang kejuaraan jika berjaya menundukka­n SSN Sarawak.

Pada perlawanan kelmarin, AXIS FC melebarkan penguasaan­nya dengan menewaskan SSN Sarawak (5-2) di Padang D, Petra Jaya di sini.

Gol-gol AXIS FC dijaringka­n oleh Izray Iffarul Roslan minit keenam, Abang Mohd Haiqal Abang Zafari (minit ke- 12 dan ke- 70), Iqmal Mustaqim Kamrodin (minit ke- 23) dan Abang Mohd Saiful Abang Othman (minit ke-52).

Manakala gol SSN Sarawak dijaringka­n oleh Alan Lagan Keryer ( minit ke- 15 dan ke-50).

Pengurus AXIS FC, Mohd Nidzar Mohd Azami memberi kredit kepada semua pemain setelah berjaya memastikan AXIS FC mengekalka­n rekod bersih.

Menurutnya, malah mereka bermain dengan baik mengikut apa yang telah dirancang oleh jurulatih.

Terdahulu, KSK Satok terus mengekori rapat AXIS FC dengan mencatat kemenangan 3-2 ke atas Rzurf Excellent pada perlawanan Sabtu lalu.

Manakala UiTM Sarawak FC menang tipis 1-0 ke atas Enraz FC kelmarin.

 ??  ??
 ??  ?? DICABAR: Pemain AXIS FC, Nasyirat Mustaqim Sepawi melakukan ‘clearance’ sambil cuba dicabar oleh pemain SSN Sarawak pada perlawanan di Padang D, Petra Jaya Kuching kelmarin.
DICABAR: Pemain AXIS FC, Nasyirat Mustaqim Sepawi melakukan ‘clearance’ sambil cuba dicabar oleh pemain SSN Sarawak pada perlawanan di Padang D, Petra Jaya Kuching kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia