Utusan Borneo (Sarawak)

‘Halloween’ kembali hantui carta box-office Amerika Utara

-

KAKI wayang di Amerika Utara memang suka ditakuti, dan Universal dengan gembiranya memenuhi hasrat mereka apabila menayangka­n filem ‘Halloween’ yang mencatat kutipan jualan tiket yang amat besar iaitu anggaran AS$77.5 juta, seperti yang dilaporkan oleh Exhibitor Relations pada Ahad.

Jualan tiket selama tiga hari yang kukuh itu memberikan filem tersebut pembukaan hujung minggu kedua terbaik untuk bulan Oktober, menyusul selepas ‘Venom’ yang pada awal bulan ini mencatat jualan tiket sebanyak AS$80 juta dalam hujung minggu pembukaann­ya.

Eksekutif di Universal boleh dimaafkan jika mereka sedikit bermegahme­gah berikutan pencapaian ini kerana mereka mengeluark­an ‘Halloween’ hanya dengan AS$10 juta.

‘Halloween’ adalah kesinambun­gan daripada kejadian yang berlaku 40 tahun lalu dalam filem pertama ‘Halloween’ (1978).

Laurie Strode, yang terselamat daripada pembunuhan beramairam­ai oleh orang gila Michael Myers, perlu berdepan dengannya sekali lagi buat kali terakhir.

Jamie Lee Curtis kembali sekali lagi dalam filem ini sebagai Laurie Strode.

Berpegang teguh di tempat kedua adalah drama muzikal Warner Bros., ‘A Star Is Born’, dengan jualan tiket sebanyak AS$19.3 juta.

Filem itu, pembikinan semula kali ketiga filem tahun 1937 dengan judul yang sama, diarahkan oleh Bradley Cooper.

Cooper berlakon sebagai seorang pemuzik kaki botol yang jatuh cinta dengan seorang penyanyi muda (Lady Gaga), yang bintangnya terus bersinar manakala bintang beliau sendiri terus malap dan semakin tenggelam.

Filem ‘Venom’ daripada Sony tidak jauh di belakang, dengan AS$18.1 juta ketika ia menghampir­i kutipan sebanyak AS$500 juta di persada global.

Filem ini dibintangi oleh Tom Hardy sebagai seorang jurnalis yang menjadi hos berkuasa untuk satu makhluk asing.

Di tempat keempat adalah sebuah lagi tawaran bermusim, ‘Goosebumps 2: Haunted Halloween’, juga daripada Sony dengan AS$9.7 juta. Filem sekuel mesra keluarga, berdasarka­n buku kanak-kanak oleh R.L. Stine, dibintangi oleh Wendi McLendon-Covey dan Madison Iseman.

Di tempat kelima adalah filem astronaut daripada Universal, ‘First Man’ dengan AS$8.6 juta. Filem itu, yang diarahkan oleh pemenang Oscar Damien Chazelle dan dibintangi oleh Ryan Gosling, mengisahka­n tentang perjalanan bersejarah Neil Armstrong ke bulan pada tahun 1969.

Melengkapk­an 10 filem teratas di pawagam Amerika Utara adalah ‘The Hate U Give’ (AS$7.5 juta), ‘Smallfoot’ (AS$6.6 juta), ‘Night School’ (AS$5 juta), ‘Bad Times at the El Royale’ (AS$3.3 juta) dan ‘The Old Man & The Gun’ (AS$2.1 juta). — AFP

 ??  ??
 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? JUARA CARTA: Gambar fail yang diambil pada 17 Oktober 2018 ini menunjukka­n aktres AS Jamie Lee Curtis menghadiri tayangan perdana filem ‘Halloween’ di TCL Chinese Theatre di Los Angeles, California. Filem baharu ‘Halloween’ mencatat kutipan jualan tiket yang dianggarka­n sebanyak AS$77.5 juta di box office Amerika Utara pada hujung minggu. ‘Halloween’ adalah kesinambun­gan daripada kejadian yang berlaku 40 tahun lalu dalam filem pertama ‘Halloween’ (1978). Jamie Lee Curtis kembali sekali lagi dalam filem ini sebagai Laurie Strode, yang terselamat daripada pembunuhan beramai-ramai oleh orang gila Michael Myers.
— Gambar AFP JUARA CARTA: Gambar fail yang diambil pada 17 Oktober 2018 ini menunjukka­n aktres AS Jamie Lee Curtis menghadiri tayangan perdana filem ‘Halloween’ di TCL Chinese Theatre di Los Angeles, California. Filem baharu ‘Halloween’ mencatat kutipan jualan tiket yang dianggarka­n sebanyak AS$77.5 juta di box office Amerika Utara pada hujung minggu. ‘Halloween’ adalah kesinambun­gan daripada kejadian yang berlaku 40 tahun lalu dalam filem pertama ‘Halloween’ (1978). Jamie Lee Curtis kembali sekali lagi dalam filem ini sebagai Laurie Strode, yang terselamat daripada pembunuhan beramai-ramai oleh orang gila Michael Myers.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia