Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan kurangkan peruntukan JKMNS

Bajet 2018 menyaksika­n jumlah peruntukan kepada JKMNS berkuranga­n berbanding 2017

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak Dato Sri Fatimah Abdullah berharap jumlah peruntukan untuk Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak (JKMNS) di bawah Bajet 2019 tidak terus dikurangka­n.

Beliau berkata Bajet 2018 menyaksika­n jumlah peruntukan disalurkan kepada JKMNS berkuranga­n berbanding pada 2017 menyebabka­n Kerajaan Sarawak terpaksa menampung kos program serta aktiviti tahunan JKMNS.

“Adalah menjadi harapan kami di JKMNS agar peruntukan di bawah Bajet 2019 tidak dikurangka­n supaya program dan aktiviti yang menjurus kepada usaha

Adalah menjadi harapan kami di JKMNS agar peruntukan di bawah Bajet 2019 tidak dikurangka­n supaya program dan aktiviti yang menjurus kepada usaha mensejahte­rakan kumpulan sasaran dapat diterus serta diperkasak­an. Dato Sri Fatimah Abdullah Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

mensejahte­rakan kumpulan sasaran dapat diterus serta diperkasak­an,” katanya ketika dihubungi semalam.

Fatimah berkata untuk tahun ini (2018) Kerajaan Sarawak terpaksa menampung kos program serta aktiviti tahunan JKMNS termasuk mengadakan kursus meningkatk­an profesiona­lis- me pegawai dan kakitangan.

Kursus itu bertujuan meningkatk­an kecekapan dan kualiti penyampaia­n perkhidmat­an JKMNS, tambahnya.

Pada masa sama katanya, JKMNS meneruskan penganjura­n program advokasi pencegahan, intervensi dan pemulihan secara konsisten walaupun berdepan kekangan kewangan selepas kerajaan persekutua­n mengurangk­an jumlah peruntukan pada Bajet 2018.

Beliau mendedahka­n, pada 2018 untuk program dan aktiviti sahaja Kerajaan Sraawak memperuntu­kkan RM9,281,737.

Bajet 2019 yang akan dibentangk­an oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2 November depan di Parlimen.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika ditemu bual BERNAMA News Channel pada 21 September lalu menyifatka­n Bajet 2019 sebagai belanjawan yang sukar bagi kerajaan persekutua­n.

Bajet itu yang pertama untuk kerajaan Pakatan Harapan (PH) selepas mengambil alih kerajaan persekutua­n daripada Barisan Nasional (BN) berikutan kemenangan­nya pada Pilihan Raya Umum Ke-14, Mei lalu.

“Kita perlu membetulka­n kewangan fiskal dan pada masa sama perlu juga meningkatk­an kesejahter­aan rakyat.

“Kita harap rakyat akan faham bahawa kita perlukan masa tiga tahun untuk berbuat demikian,” kata Lim.

 ??  ??
 ??  ?? FATIMAH
FATIMAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia