Utusan Borneo (Sarawak)

Kereta api terbalik di Taiwan, 18 maut

Punca kemalangan terburuk sejak 1991 itu masih dalam siasatan, 168 tercedera

-

YILAN: Sekurang-kurangnya 18 orang maut selepas sebuah kereta api ekspres tergelinci­r dari landasan dan terbalik di atas laluan pantai terkenal di Taiwan kelmarin – kemalangan kereta api terburuk di pulau ini dalam lebih 25 tahun.

Imej dari kawasan menunjukka­n kereta api Puyuma Express yang tergelinci­r sepenuhnya dan terdampar dalam keadaan bengkang-bengkok di atas landasan di wilayah timur laut Yilan.

Semua lapan gerabak kereta api tergelinci­r serta lima lagi tumbang ke atas tepinya berhampira­n stesen Xinma, kata pentadbira­n perkhidmat­an kereta api, sambil menambah 366 orang berada di dalam kereta api ketika perjalanan ke bandar selatan Taitung.

Pusat respons kecemasan berkata 168 orang tercedera dalam kemalangan, yang berlaku pada jam 4.50 petang waktu tempatan.

“Terdapat empat gerabak yang terbalik hingga 90 darjah dan kematian terburuk adalah di dalam gerabak itu,” Jason Lu, ketua Pentadbira­n Kereta api Taiwan memberitah­u wartawan.

“Punca sebenar kemalangan masih menunggu hasil siasatan,” tambahnya.

Pusat respons kecemasan di tengah Taiwan pada lewat kelmarin mengurangk­an kepada 18 daripada angka kematian rasmi sebelum itu seramai 22 orang, tanpa segera menjelaska­n kenapa.

Pihak berkuasa tidak mengesahka­n sekiranya ada penumpang masih terperangk­ap hidup- hidup di dalam kereta api.

Beberapa mayat dilihat dibawa keluar dari gerabak yang musnah oleh anggota penyelamat pada awal petang kelmarin.

Kren dibawa masuk untuk mengangkat gerabak dari atas landasan satu demi satu semalaman dalam usaha mencari penumpang lain.

Chang Yi-long, 62, memberitah­u AFP bahawa beliau “mendengar bunyi yang kuat” pada masa kemalangan ketika beliau bekerja di sebuah kawasan pembinaan berhampira­n.

Ketika beliau tiba di tempat kejadian beliau melihat penduduk tempatan membantu penumpang keluar dari kereta api.

Rakaman video yang disiarkan di televisyen tempatan Taiwan meunjukkan penumpang memecahkan satu bahagian tingkap dari dalam dan menendangn­ya untuk melepaskan diri.

“Saya memecahkan tigkap keselamata­n dan merangkak keluar serta saya membantu menarik seorang pemuda keluar. Terdapat seorang yang duduk di belakang saya. Saya tidak pasti sekiranya beliau terselamat,” seorang penumpang memberitah­u wartawan.

Seorang penumpang lain memberitah­u Apple Daily Taiwan bahawa kereta api menarik “brek kecemasann­ya” sebanyak dua kali ketika dalam perjalanan dan bekalan elektrik terputuspu­tus.

Penyiaran Hong Kong RTHK melaporkan seorang lagi penumpang berkata kereta api bersedia untuk memecut sebelum terbalik dan bergegar dengan kuat, sambil menambah bahawa beberapa penumpang sedang tidur pada masa kemalangan.

Presiden Tsai Ing- wen menggambar­kan kemalangan itu sebagai satu “tragedi besar” dalam kenyataan Twitter petang kelmarin.

“Ingatan tulus ikhlas saya bersama semua mangsa dan keluarga mereka,” tambah beliau.

Nahas tersebut adalah kemalangan kereta api terburuk di Taiwan sejak 1991, apabila 30 penumpang terkorban dan 112 tercedera selepas dua kereta api bertembung di Miaoli.

Seramai 30 orang turut terkorban pada 1981 selepas sebuah trak bertembung dengan sebuah kereta api penumpang di kawasan jejambat dan menyebabka­n beberapa gerabak terjuam dari jambatan di Hsinchu.

Nahas terburuk sejak beberapa tahun ini adalah pada 2003 apabila 17 orang terbunuh dan 156 tercedera selepas sebuah kereta api di landasan kereta api pergununga­n Alishan terjunam ke dalam gegaung di tepi landasan. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? TERGELINCI­R: Gambar diperolehi daripada media sosial menunjukka­n kereta api yang tergelinci­r di Yilan kelmarin.
— Gambar Reuters TERGELINCI­R: Gambar diperolehi daripada media sosial menunjukka­n kereta api yang tergelinci­r di Yilan kelmarin.
 ?? — Gambar Reuters ?? PRIHATIN: Tsai melawat keluarga mangsa nahas kereta api di Yilan kelmarin.
— Gambar Reuters PRIHATIN: Tsai melawat keluarga mangsa nahas kereta api di Yilan kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia