Utusan Borneo (Sarawak)

WANITA KHAYAL BERJAYA DIPUJUK KELUAR DARI KERETA

-

LIMBANG: Anggota bomba dan polis cuma mengambil masa lima minit memujuk dan mengeluark­an seorang wanita ditemui dengan keadaan khayal dalam sebuah kereta di Jalan Keramat di sini pagi semalam.

Mangsa 43, berbangsa Cina dan bekerja di Brunei ditemui dalam kereta bersama pelbagai jenis ubat sekitar jam 1.40 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Limbang Suprintend­en Mohd Bukhori Saffai berkata ketika ditemui mangsa berada dalam keadaan khayal dipercayai menelan pelbagai ubat.

Hasil siasatan awal mendapati mangsa berasa kecewa selepas mengetahui kekasihnya sudah berkahwin dengan wanita lain.

“Ekoran itu, mangsa kecewa dengan tindakan lelaki terbabit disyaki nekad menelan beberapa jenis ubat dan berada dalam khayal dalam kereta itu,” katanya di sini semalam.

Menurutnya, perbuatan itu dilakukan dalam kereta yang diparkir tidak jauh dari rumah kekasihnya.

Mohd Bukhori memberitah­u, sebelum kejadian kekasih mangsa ada membuat laporan polis jam 9.20 pagi semalam kerana bimbang dengan keselamata­nnya setelah mendakwa sering diganggu mangsa.

“Kekasih mangsa mendakwa sering diganggu mangsa melalui panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas namun tidak dibalas.

“Berikutan itu mangsa mencari kekasihnya sehingga ke rumahnya sebelum menelan beberapa ubat dalam kereta terbabit,” katanya.

Menurutnya, kekasih mangsa menyedari tindakan mangsa itu kemudian memaklumka­n insiden kepada polis dan bomba segera bertindak menyelamat­kan mangsa dengan mengeluark­annya dari kereta dan dihantar untuk mendapat rawatan di Hospital Limbang.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Limbang Tawang Lingem berkata, pihaknya dengan bantuan polis mengambil masa lima minit mengeluark­an mangsa dari kereta tersebut.

“Sebaik tiba di lokasi, pintu kereta sudah dibuka mangsa dan kami cuba memujuknya keluar dari kereta tersebut,” katanya.

Tawang berkata, seramai sembilan anggota bomba dketuainya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan jam 1.40 petang.

“Anggota polis dan bomba berjaya memujuk mangsa yang membuka pintu keretanya sebaik kami tiba di lokasi.

“Mangsa dibawa ke hospital dalam keadaan khayal selepas memakan pelbagai ubat terbabit,” katanya.

 ??  ?? PUJUK: Anggota bomba sedang memujuk mangsa.
PUJUK: Anggota bomba sedang memujuk mangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia