Utusan Borneo (Sarawak)

Brunei dan Indonesia sertai pameran songket dan keringkam di Kuching

-

KUCHING: Peserta dan pempamer dari Brunei, Indonesia dan tuan rumah, Sarawak akan mempromosi­kan industri songket dan keringkam ke arena antarabang­sa sempena eksposisi dan pameran Pesta Warisan Melayu 2018 bermula 30 Oktober ini.

Penasihat Projek Inovasi Warisan Sarawak: Songket dan Keringkam Datu Sabariah Putit berkata ia adalah satu daripada platform untuk pengeluar produk dan perkhidmat­an mempromosi­kan produk mereka yang disediakan menerusi program pembanguna­n holistik.

Beliau berkata pelancaran acara itu akan dirasmikan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sempena Malam Pesona Songket dan Keringkam Antarabang­sa yang diadakan di sini pada 31 Oktober.

“Ia adalah sebahagian daripada Pesta Warisan Melayu 2018 yang menawarkan pe- luang bagi komuniti tempatan serta pelancong untuk mengimbau kembali nostalgia warisan Melayu di bandar raya Kuching. Dengan adanya aktiviti-aktiviti warisan ini, ia juga dapat mengembang­kan lagi visibiliti Kampung Heritage sama ada di peringkat nasional mahupun antarabang­sa,” katanya kepada BERNAMA.

Pesta Warisan Melayu 2018, bermula dari 27 hingga 28 Oktober ini julung kalinya dianjurkan di Sarawak iaitu sebahagian daripada aktiviti Kampung Heritage di bawah komponen ‘ Old Kuching Heritage’ untuk menjadikan Kuching bandar raya bersejarah dunia dan terus menjadi pemangkin ekonomi dalam sektor pelanconga­n.

Selain pameran, pelbagai aktiviti riadah turut disusun bagi memeriahka­n lagi Pesta Warisan Melayu antaranya pertanding­an memancing serta sukan kayak di sepanjang tebing Sungai Sarawak. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia