Utusan Borneo (Sarawak)

20 IPD Sarawak diperiksa JSJ Bukit Aman

Ia dilakukan di bawah ‘Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN) A117’: Wan Ahmad

- Oleh Borhaniza Ali Basah

SIBU: Sebanyak 20 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di seluruh kontinjen Sarawak kini diperiksa oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Pengarah JSJ Bukit Aman Datuk Seri Wan Ahmad Naj- muddin Mohd yang mengetuai pemeriksaa­n itu berkata ia dilakukan di bawah ‘Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN) A117’.

Menurutnya, empat pasukan daripada JSJ Bukit Aman kini berada di Sarawak bagi menjalanka­n pemeriksaa­n tersebut.

“Seperti sedia maklum, kontinjen Sarawak mempunyai 28 daerah tetapi pasukan kami mungkin dapat pergi ke 20 daerah sahaja untuk melakukan pemeriksaa­n ini.

“Ini disebabkan keadaan muka bumi Sarawak yang luas...ada tempat agak sukar untuk kami pergi dalam masa satu hari melakukan pemeriksaa­n,” katanya pada sidang media sebelum menghadiri taklimat tertutup di IPD Sibu, semalam.

Beliau tiba di IPD Sibu pagi semalam setelah memilih Sibu sebagai lokasi pertama pemeriksaa­n tersebut.

Beliau diiringi Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Manoharan Kanapathy dan ACP Choo Lily.

Ketibaan beliau disambut Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit sebelum melakukan pemeriksaa­n perbarisan kehormat.

Seperti sedia maklum, kontinjen Sarawak mempunyai 28 daerah tetapi pasukan kami mungkin dapat pergi ke 20 daerah sahaja untuk melakukan pemeriksaa­n ini. Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd Pengarah JSJ Bukit Aman

Dalam pada itu, Wan Ahmad memberitah­u bahawa kontinjen yang tidak dilawati oleh pasukannya, khidmat pegawai tempatan akan diguna untuk menjalanka­n pemeriksaa­n tersebut.

“Pemeriksaa­n adalah meliputi audit setakat mana polis komponen Sarawak dapat melaksanak­an tugas dengan baik memberi kesejahter­aan kepada orang ramai.

“Khususnya dalam audit kebersihan kawasan, balai, lokap dan kenderaan serta lain-lain. Itulah tujuan kami berada di sini,” jelas beliau.

Wan Ahmad berkata selepas pemeriksaa­n di Sibu, beliau ke Miri diikuti Marudi dan ke Kuching untuk audit.

Menyentuh mengenai Sibu sebagai tempat pertama pemeriksaa­n tersebut, beliau berkata tempat ini adalah nostalgia kepadanya.

Katanya, beliau pernah berkhidmat setahun di Sibu pada 1980 sebelum dipindahka­n ke Miri dan kemudian ke Baram.

“Saya pertama kali dihantar ke Sibu selepas saya menjalani latihan di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur.

“Masa itu adalah era pemberonta­kan komunis dan saya perlu dikawal sama ada oleh Polis Tentera atau Pengakap Sempadan setiap kali saya mahu melawat kejadian jenayah atau kemalangan di Jalan Oya di sini,” katanya.

 ??  ?? PERIKSA: Wan Ahmad melakukan pemeriksaa­n perbarisan kehormat sebaik tiba di IPD Sibu, semalam.
PERIKSA: Wan Ahmad melakukan pemeriksaa­n perbarisan kehormat sebaik tiba di IPD Sibu, semalam.
 ??  ?? LAWATAN: Stanley (dua kanan) dan Ketua Badan Siasatan Jenayah Daerah Sibu DSP Benedict Faris Jimoy (kiri) bersama Wan Ahmad (tengah), Lily (kanan) dan Manoharan.
LAWATAN: Stanley (dua kanan) dan Ketua Badan Siasatan Jenayah Daerah Sibu DSP Benedict Faris Jimoy (kiri) bersama Wan Ahmad (tengah), Lily (kanan) dan Manoharan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia