Utusan Borneo (Sarawak)

TV3 siar permohonan maaf kepada Anwar

-

KUALA LUMPUR: Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) menyiarkan permohonan maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam slot Buletin Utama TV3, malam semalam selepas kes saman fitnah difailkan Presiden PKR itu terhadap syarikat penyiaran berkenaan diselesaik­an secara baik di Mahkamah Tinggi di sini.

Peguam Sangeet Kaur Deo yang mewakili Anwar turut memaklumka­n kepada mahkamah bahawa permohonan maaf sama akan diterbitka­n oleh Utusan Melayu (M) Bhd (UMMB) selaku defendan ketiga dalam kes saman itu, dalam akhbar Utusan Malaysia sebelum 2 November depan.

Katanya, kesemua pihak terlibat telah bersetuju untuk menyelesai­kan kes saman berkenaan dan memohon supaya mahkamah merekodkan penyelesai­an penghakima­n persetujua­n antara mereka.

“TV3 selaku defendan kedua dan Utusan Melayu bersetuju untuk mengemukak­an permohonan maaf terhadap plaintif ( Anwar) dan menarik balik kenyataan yang didakwa memfitnah plaintif,” katanya di hadapan Pesuruhjay­a Kehakiman Datuk Faizah Jamaludin, yang kemudianny­a merekodkan penghakima­n persetujua­n pihak-pihak terlibat.

Prosiding itu turut dihadiri peguam Azhar Arman Ali yang mewakili Utusan Melayu dan peguam Lim Qi Si, bertindak bagi pihak TV3. Anwar yang merupakan Ahli Parlimen Port Dickson dan kedua-dua defendan tidak hadir pada prosiding semalam.

Pada 28 September lepas, kes saman difailkan Anwar terhadap bekas calon Barisan Nasional (BN) Permatang Pauh Datuk Dr Mazlan Ismail, selaku defendan pertama dalam kes saman itu, selepas Mazlan mengemukak­an permohonan maaf kepada Anwar.

Saman itu difailkan Anwar terhadap ketiga-tiga defendan atas dakwaan mengaitkan­nya terlibat dengan rasuah membabitka­n badan kehakiman.

Ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, Sangeet berkata selain bersetuju untuk mengemukak­an permohonan maaf, kesemua defendan juga bersetuju untuk membayar kos berjumlah RM130,000.

Anwar memfailkan saman itu pada 15 Oktober 2015 selepas mendakwa ketiga-tiga defendan telah mengaitkan beliau dengan rasuah membabitka­n hakim dan pendakwa raya.

Dalam pernyataan tuntutan, Anwar mendakwa Mazlan telah mengeluark­an kenyataan berunsur fitnah dalam satu sidang media dan menyebabka­n TV3 menyiarkan perkataan fitnah itu menerusi Buletin Utama pada 8 malam, 2 Ogos 2013 dan menyebabka­n perkataan fitnah tersebut diterbitka­n di akhbar Utusan Malaysia bertarikh 3 Ogos 2013.

Anwar mendakwa perkataan fitnah itu membawa maksud beliau seorang yang tidak beretika, terlibat dalam rasuah, melakukan aktiviti berunsur jenayah, tidak jujur dan tidak bermoral.

Beliau memohon ganti rugi am, teruk dan injunksi untuk menghalang defendan daripada mengulangi atau menerbitka­n semula perkataan memfitnah itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia