Utusan Borneo (Sarawak)

Larangan Kerajaan Sarawak bukan untuk dipertikai­kan

Pihak luar tidak berhak pertikai larangan kepada ketua kaum hadiri aktiviti bukan anjuran Kerajaan Sarawak

- Oleh Steve Annuar

MIRI: Pihak luar termasuk parti pembangkan­g di negeri ini tidak berhak mempertika­ikan larangan kepada ketua kaum daripada menghadiri aktiviti bukan anjuran Kerajaan Sarawak.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata, Kerajaan Sarawak berhak mengeluark­an arahan itu kerana pelantikan ketua kaum dan ketua kampung adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Sarawak.

“Tidak perlu untuk parti lain mempertika­ikan larangan Kerajaan Sarawak,” tegas Lee mengulas kenyataan Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chieng Jen.

Chong yang juga pengerusi DAP Sarawak mendakwa tindakan Kerajaan Sarawak

Tidak perlu untuk parti lain mempertika­ikan larangan Kerajaan Sarawak. Datuk Lee Kim Shin Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan

melarang ketua masyarakat dan ketua kaum menghadiri majlis bukan anjurannya sebagai bersifat kebudak-budakan.

Tindakan itu katanya, turut melanggar perlembaga­an yang memberi jaminan kebebasan berpersatu­an dan gerakan.

Justeru beliau berkata, DAP Sarawak sedia menawar khidmat guaman secara percuma kepada ketua masyarakat yang sanggup mengambil tindakan undang- undang terhadap Kerajaan Sarawak.

Lee yang juga ADUN Senadin berkata, terdapat sistem elaun untuk ketua kampung disediakan kerajaan pusat sebelum ini.

Bagaimanap­un, di bawah kerajaan baharu Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung Persekutua­n (JKKKP) telah dibubarkan.

Sehubungan itu, Kerajaan Sarawak memutuskan untuk menanggung kos elaun kepada semua ketua kampung di negeri ini.

Lee turut menjelaska­n perkara itu semasa merasmikan Majlis Makan Malam Penghargaa­n Majlis Ketua Masyarakat Melayu Miri (MAKMUM) di sebuah hotel di sini malam kelmarin.

Lee berkata, telah menjadi tanggungja­wab ketua kaum dan ketua masyarakat sebagai jambatan mengeratka­n hubungan kerjasama antara rakyat dan kerajaan.

“Situasi sememangny­a te- lah jelas dan tidak perlu untuk orang lain mempertika­ikan isu ini,” ujarnya.

Pada majlis itu, Lee menggesa ketua masyarakat fokus dan memainkan peranan aktif turun padang menemui dan mendengar permasalah­an, aduan dan cadangan rakyat di kawasan jagaan mereka.

Komitmen jitu mereka membantu kerajaan membantu menjaga kebajikan rakyat di peringkat akar umbi dan membangunk­an mereka seiring dengan program pembanguna­n yang dirancang.

Hadir sama bekas Ahli Parlimen Sibuti Datuk Ahmad Lai Bujang dan Temenggung Abdul Rahman Fadzail.

 ??  ?? SEPAKAT: Lee (tengah) bersama jawatankua­sa penganjur dan tetamu memotong kek tanda simbolik perasmian majlis.
SEPAKAT: Lee (tengah) bersama jawatankua­sa penganjur dan tetamu memotong kek tanda simbolik perasmian majlis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia