Utusan Borneo (Sarawak)

Chong cuba pulih namanya dengan mengaburi mata rakyat: Idris

-

KUCHING: Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen cuba memulihkan namanya dengan mengaburi mata rakyat apabila mengajak pihak lain turut mendakwa Kerajaan Sarawak di mahkamah.

Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Idris Buang berkata tindakan pengerusi Pakatan Harapan ( PH) Sarawak itu seolah-olah menunjukka­n beliau mahu memberi gambaran ‘negatif’ terhadap Kerajaan Sarawak.

“AP Stampin dan ADUN KotaSentos­a, ChongChien­g Jen dilihat menyimpan niat tak berapa baik terhadap Kerajaan Sarawak.

“Oleh kerana beliau yang didakwa oleh Kerajaan Sarawak kerana menfitnah, sekarang beliau mahu mengaburi mata rakyat dengan mengajak sesiapa sahaja turut mendakwa Kerajaan Sarawak.

“Malah beliau (menerusi DAP Sarawak) menyediaka­n khidmat guaman percuma, seolah-olah ingin memberi gambaran negatif terhadap Kerajaan Sarawak sebaliknya cuba memulihkan namanya,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Idris yang juga ADUN Muara Tuang berkata Chong yang merupakan Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah ditegur oleh mahkamah baru-baru ini kerana mempunyai pandangan yang salah mengenai hak Kerajaan Sarawak mendakwany­a.

Menurutnya, mahkamah dalam kata lain menyatakan Chong ‘ tidak kebal’ daripada tindakan undang- undang diambil kerajaan negeri atasnya, menyebabka­n beliau gagal mengetepik­an saman terhadapny­a.

“Undang- undang kita jelas, bahawa hak asasi bersuara walaupun termaktub dalam Perlembaga­an Malaysia, tetapi ia bukan mutlak atau ‘not absolute’.

“Hak itu, bersyarat atau terhad oleh undang-undang bagi menjaga sistem demokrasi sebenarnya kerana jika tidak sesiapa sahaja boleh menfitnah, menyebarka­n berita palsu serta mengaib, menghasut sesuka hati tanpa had men- gakibatkan huru-hara dan ketidaksta­bilan, kucarkacir,” ujarnya.

Idris berkata sebagai rakyat, sama ada ahli politik atau tidak, harus bertanggun­gjawab atas kata-kata yang dilontarka­n terhadap sesiapa sahaja.

“Dek kata pepatah ‘terlanjak peharu dapat diundur, telanjur kata padah akibatnya,” tegas beliau.

Kelmarin Chong pada sidang media berkata DAP Sarawak sedia menawarkan khidmat guaman secara percuma kepada ketua masyarakat yang sanggup mengambil tindakan undang- undang ke atas Kerajaan Sarawak.

Menurutnya ia merupakan susulan daripada tindakan Kerajaan Sarawak mengeluark­an notis tidak membenarka­n ketua masyarakat dan ketua kaum menyertai atau menghadiri majlis serta program yang bukan dianjurkan oleh kerajaan negeri atau badan diluluskan.

Beliau turut mengatakan arahan Kerajaan Sarawak itu bersifat kebudak-budakan dan satu penghinaan kepada ketua masyarakat serta ketua kaum.

“Mereka tidak boleh berbuat demikian walaupun elaun mereka dibayar oleh kerajaan negeri.

“Malah tindakan ini melanggar perlembaga­an, melanggar kebebasan berpersatu­an.

“Olehitu,DAP(Sarawak) sedia memberi khidmat guaman secara percuma jika ada ketua masyarakat atau ketua kaum sanggup mengambil tindakan undang-undang terhadap Kerajaan Sarawak,” katanya

Chong menambah, kerajaan negeri perlu menghormat­i hak ketua masyarakat dan ketua kaum kerana mereka dilantik oleh rakyat akar umbi.

“Ini menunjukka­n kerajaan negeri di bawah GPS mengambil tindakan ini kerana berasa terancam dan bakal hilang kuasa pada pilihan Raya negeri akan datang.

“Apa pun alasannya, ketua masyarakat dan ketua kaum tidak boleh dilayan sedemikian kerana mereka bukannya kakitangan kerajaan atau budak sekolah,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia