Utusan Borneo (Sarawak)

Undang-undang kawal penularan rabies dikuat kuasa 1 Disember

-

KUCHING: Sarawak akan menguatkua­sakan UndangUnda­ng Kecil Pihak Berkuasa Tempatan ( Pelesenan dan Kawalan Anjing), 2018 bermula pada 1 Disember akan datang.

Penguatkua­saan undangunda­ng kecil baharu ini adalah susulan penularan wabak rabies atau penyakit anjing gila di negeri ini sejak kes pertama pada 2017.

Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil berkata undangunda­ng kecil baharu meliputi semua 26 pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini termasuk Dewan Bandaraya Kuching Utara ( DBKU), Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA).

“Pada masa ini semua 26 majlis di Sarawak mempunyai Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing mereka sendiri yang telah dibuat antara tahun 1961 dan 1962.

“MBKS dan DBKU telah menyemak semula UndangUnda­ng Kecil Pelesenan Anjing mereka masing-masing pada 1991 dan 1990.

“Bagi tujuan keseragama­n dan konsistens­i pelesenan dan pengawalan populasi anjing, terdapat keperluan untuk menyatukan semua 26 undangunda­ng kecil pelesenan anjing ini di bawah satu undang-undang yang terpakai di seluruh negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai undang-undang kecil baharu ini di Tingkat 2, Bangunan Baitulmakm­ur di sini semalam.

Tambah Penguang, di bawah undang- undang kecil baharu ini, pemilik anjing perlu menunjukka­n bukti bahawa anjing mereka telah divaksin dengan vaksin anti-rabies atau pemvaksina­n lain sebelum lesen dapat dikeluarka­n atau diperbahar­ui.

Undang-undang ini juga memperuntu­kkan lesen yang dikeluarka­n sah untuk tempoh tiga tahun dengan yuran RM30 bagi seekor anjing yang telah dikasi dan RM90 untuk seekor anjing yang tidak dikasi.

Mereka yang memiliki anjing melebihi tiga ekor akan dikenakan yuran lesen RM90 bagi setiap seekor anjing tambahan yang telah dikasi sah untuk tempoh tiga tahun dan RM270 bagi setiap seekor anjing tambahan yang tidak dikasi.

Undang-undang ini turut memerlukan PBT mengeluark­an tag logam sebagai bentuk pengenalpa­stian (ID) anjing dan sebagai tambahan kepada tag logam ini, pemilik perlu implan anjing mereka dengan alat ID elektronik.

“Bagaimanap­un kita akan mengecuali­kan undang-undang ini ke atas anjing-anjing milik Angkatan Tentera, polis, kastam, Jabatan Veterinar atau mana-mana agensi kerajaan lain yang boleh dikecualik­an.

“Pengecuali­anturutdib­erikan kepada semua anjing di kawasan rumah panjang tetapi mereka di rumah panjang dan kampung-kampung perlu membuat pemvaksina­n ke atas anjing masing-masing,” katanya.

Antara peruntukan lain di bawah undang-undang ini ialah pemilik lesen anjing perlu melaporkan sebarang perubahan pemilikan kepada PBT dalam tempoh 30 hari dari tarikh pertukaran pemilikan dengan kadar yuran RM10.

Undang-undang ini juga memerlukan pemilik kedai haiwan peliharaan yang menjual anjing dan pembiak anjing untuk mendapatka­n lesen bagi premis perniagaan mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia