Utusan Borneo (Sarawak)

Masyarakat turut bertanggun­gjawab menjaga kebersihan

-

LIMBANG: Masyarakat perlu memainkan peranan dalam menjaga kebersihan dan tidak meletakkan beban kepada pihak tertentu semata-mata bagi memastikan persekitar­an di kawasan mereka berada dalam keadaan bersih.

Pegawai Perpaduan Bahagian Mohd Fakri Asmad berkata, masyarakat seharusnya mengubah minda bahawa tugas menjaga kebersihan perlu digalas bersama.

Menurutnya, tanggapan itu perlu segera diperbetul­kan selari dengan hasrat menjadikan daerah Limbang dan kawasan perumahan khususnya bersih dan terhindar daripada masalah sampah dan pembiakan nyamuk.

“Justeru Program GotongRoyo­ng Perdana di bawah Program Sayangi Komuniti (PSK) satu platform bagi mengubah minda dan sikap mereka supaya wujud sikap bertanggun­gjawab untuk bersamasam­a menjaga kebersihan.

“Kita tidak boleh lagi meletakkan tanggungja­wab kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) semata-mata, serta agensi lain, sebaliknya tugas tersebut sebahagian daripada tugas kita sebagai masyarakat,” katanya pada program itu kelmarin.

Turut sama ialah Penolong Pegawai Perpaduan Nor Harison Romli dan Pengerusi KRT Ranggau Adinan Adol.

Fakri berkata, pogram anjuran Jabatan Perpaduan melalui Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Ranggau satu inisiatif berterusan untuk membantu penduduk perumahan terbiar yang dibelenggu masalah berkenaan sekian lama.

Jelasnya, program berkenaan memberi impak positif dalam mengurangk­an masalah sampah melalui penglibata­n semua pihak tanpa bergantung sepenuhnya kepada KRT dan agensi kerajaan.

“Program Gotong-Royong Perdana mendapat penyertaan daripada ahli KRT Ranggau dan masyarakat di kawasan itu dalam menangani masalah sampah, anjing liar, rumah terbiar, semak yang boleh menjadi tempat habitat haiwan berbisa dan pembiakan nyamuk,” katanya.

Jelasnya, selain program gotong-royong dengan kerjasama Majlis Daerah Limbang (MDL), pihaknya turut menjalin kerjasama dengan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Limbang dalam menangani masalah dadah melalui Program Ranggau Cergas Tanpa Dadah.

“Program bersama AADK ini satu usaha untuk kita membantu para ibu bapa dalam membuat pencegahan awal menangani masalah dadah di kawasan Ranggau,” katanya.

Beliau juga memberitah­u, KRT Ranggau antara KRT paling aktif di daerah ini.

“Program ini satu penanda aras untuk Jabatan Perpaduan membantu KRT Ranggau berhubung dengan agensi lain dalam menangani pelbagai isu setempat.

“Malah Skim Rondaan Sukarela di bawah KRT Ranggau melakar pencapaian terbaik dalam mengurangk­an kadar jenayah, curi, lepak, vandalisme dan sebagainya di kawasan penempatan mereka walaupun melakukan rondaan tanpa sebarang bayaran,” ujarnya.

Menurut Fakri, selain KRT Ranggau, KRT Limpaki turut tercalon di bawah Pengurusan KRT Cemerlang mewakili Sarawak yang dipertandi­ngkan di peringkat kebangsaan tahun ini.

Hampir 100 orang memeriahka­n program itu dengan mengadakan aktiviti membersihk­an kawasan persekitar­an secara meluas di kawasan Ranggau, selain turut mengikuti program senamrobik, cabutan bertuah dan sebagainya.

 ??  ?? PERANAN BERSAMA: Adinin (barisan dua,enam kiri), Fakri, Nor Harison (duduk, kanan) bergambar bersama ahli KRT Ranggau dan KRT lain pada program Gotong Royong Perdana kelmarin.
PERANAN BERSAMA: Adinin (barisan dua,enam kiri), Fakri, Nor Harison (duduk, kanan) bergambar bersama ahli KRT Ranggau dan KRT lain pada program Gotong Royong Perdana kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia