Utusan Borneo (Sarawak)

35 ketua masyarakat DUN Serembu adakan lawatan sambil belajar ke Sabah

-

KUCHING: Seramai 35 ketua masyarakat termasuk penghulu dan ketua kampung dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Serembu mengadakan lawatan sambil belajar ke Sabah selama empat hari bermula semalam.

Lawatan tersebut diketuai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu Miro Simuh.

Mengikut jadual, rombongan ketua masyarakat berkenaan akan mengadakan lawatan ke Ladang Cendawan Kimanis, Taman Pertanian Tenom,Ladang Lembu Eco Yap Farm, Ladang Durian Musang King, Ladang Nanas, Ladang Halia Tambunan, Luanti Fish Spa, Poring Hot Spring serta pelbagai tempat menarik yang lain.

Sementara itu, Miro berkata lawatan berkenaan bertujuan memberikan pendedahan kepada para ketua masyarakat berhubung produk pelanconga­n serta peluang ekonomi yang boleh dibangunka­n di kawasan masing-masing.

Jelasnya, beliau juga yakin lawatan seumpamany­a bakal membuka minda ketua-ketua masyarakat untuk membawa transforma­si pembanguna­n di peringkat kampung kelak.

“Pendekatan ini penting supaya masyarakat di peringkat akar umbi dapat meneroka peluang- peluang ekonomi baharu sekali gus menjana pendapatan secara mampan.

“Saya juga berharap lawatan ini mampu memberi idea- idea baharu kepada ketua masyarakat untuk men- jadikan kawasan di DUN Serembu sebagai salah satu tarikan agro pelancong di Sarawak,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Dalam pada itu, Miro berkata, lawatan tersebut secara tidak langsung memberi motivasi baharu kepada usaha meningkatk­an keupayaan para penduduk kampung ke arah melonjakka­n pendapatan masing-masing.

Katanya, lonjakan pendapatan itu penting sekali gus menjadikan masyarakat di DUN Serembu sentiasa bersedia menghadapi cabaran lebih besar.

“Masyarakat di Serembu tidak harus hanya berserah sahaja kepada nasib sebaliknya menjadi komuniti yang bersaing dan kompetitif,” ujarnya.

 ??  ?? KENANGAN: Miro (tengah) merakam gambar bersama rombongan ketua masyarakat dari DUN Serembu di Pusat Projek Pemelihara­an Cendawan di Kimanis, Sabah, semalam.
KENANGAN: Miro (tengah) merakam gambar bersama rombongan ketua masyarakat dari DUN Serembu di Pusat Projek Pemelihara­an Cendawan di Kimanis, Sabah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia