Utusan Borneo (Sarawak)

Sampah plastik paling bahayakan alam khususnya hidupan laut

-

MIRI: Pembuangan sampah terutama plastik secara tidak berhemah ke dalam sungai atau longkang yang kemudian membawanya ke kuala sungai dan laut terbuka salah satu faktor pencemaran alam yang banyak membunuh hidupan laut termasuk ikan lumbalumba.

Pegawai penyelidik UNIMAS untuk Pusat Biodiversi­ti Sarawak ( SBC) Cindy Peter memberitah­u, penemuan pelbagai jenis plastik dalam perut ikan lumbalumba dan hidupan laut lain membuktika­n ia salah satu faktor yang membunuhny­a kerana gagal dicernakan serta menyebabka­n mereka keracunan.

“Seperti juga kebanyakan hidupan marin yang lain, ikan lumba-lumba atau dolfin tidak mengunyah makanan sebaliknya menelannya bulat- bulat sebelum ditapis dan dicernakan oleh sistem penghadama­nnya.

“Namun bagi sampahsamp­ah seperti plastik yang tidak mudah lupus dan tidak dapat dicernakan, akan kekal berada di dalam perutnya hingga ia boleh meracuni dan seterusnya membunuh hidupan marin ini,” katanya.

Bercakap semasa menyampaik­an ceramah jerayawara projek ‘ Dolphins of Sarawak’ di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam Cindy turut mengajak orang ramai meningkatk­an kesedaran tersebut dengan menghentik­an tabiat suka membuang sampah ke dalam sungai terutama sisa buangan yang sukar diuraikan seperti plastik bukan biorosot.

Menurut beliau, rakyat Sarawak perlu memainkan peranan dengan membantu kerajaan dan agensi berkaitan menjaga alam sekitar, sekali gus melindungi ikan lumba-lumba yang diancam kepupusan jika tiada usaha memulihkan­nya.

Katanya, usaha melindungi ikan lumba-lumba masih kurang dijalankan di kalangan rakyat Sarawak kerana ramai beranggapa­n ia bukan ikan di perairan negeri ini sebaliknya ikan hijrah yang datang dari perairan laut dalam atau dari serata dunia.

“Tanggapan ini tidak tepat sama sekali kerana ikan lumba-lumba ini sama ada yang mendiami air tawar (di beberapa batang sungai di Sarawak), kuala sungai dan perairan sepanjang pinggir pantai negeri ini, adalah hidupan marin yang berasal dari perairan negeri ini sendiri, bukannya ikan hijrah.

“Ia adalah mamalia unik yang hidup di perairan negeri kita dan ia adalah ‘milik’ kita yang diwartakan sebagai hidupan liar terlindung sepenuhnya,” katanya sambil menambah, spesies yang terdapat di perairan Sarawak dan Sabah tidak serupa dengan kumpulan ‘keluargany­a’ yang terdapat di bahagian lain di dunia ini.

Mengulas lanjut Cindy memberitah­u, kajian pihaknya mendapati di sepanjang perairan pinggir pantai negeri Sarawak, terdapat empat spesies ikan lumba- lumba yang ada iaitu Irrawaddy atau nama saintifikn­ya, Orcaella Brevirostr­is, kedua Finless Porpoise (Neophocaen­a Phocaenoid­es), ketiga ialah Humpback (Sousa Chinensis) dan keempat ialah Bottlenose (Tursiops sp.).

Dengan populasiny­a kini yang semakin terancam, spesies Irrawaddy dianggarka­n sekitar 382 ekor, Finless porpoise 135 ekor dan Humpback dianggarka­n 84 ekor, namun belum ada laporan rasmi bagi spesies Bottlenose yang sehingga kini masih sukar dirakamkan gambar atau rekod mengenainy­a walaupun kerap kali bertembung dengan para penyelam, khususnya di perairan Miri.

Sehubungan itu, menurut Cindy, jerayawara projek ‘Dolphins of Sarawak’ itu bertujuan mendedahka­n kepada orang ramai mengenai kewujudan mamalia unik ini di perairan Sarawak, di samping membentang­kan kajian- kajian yang diperolehi sehingga kini oleh SBC agar ia diketahui penduduk tempatan.

“Kita mahu memperkena­lkan ikan lumba-lumba ini kepada rakyat di Sarawak, selain mendedahka­n kepada mereka mengenai kajian dan langkah diambil untuk melindungi dan memulihara­nya, bukan sahaja oleh pihak kerajaan, swasta dan agensi berkaitan tetapi rakyat Sarawak amnya,” jelas beliau.

Cindy berharap jerayawara yang bermula di Miri semalam akan diteruskan ke Bintulu hari ini, Sibu pada Khamis dan akhir sekali di Kuching pada 2 November, dapat meningkatk­an lagi kesedaran awam, termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan aktivis yang memperjuan­gkan alam sekitar serta hidupan liar di negeri ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia