Utusan Borneo (Sarawak)

Cadangan menukar nama SK Nanga Tada tidak direstui

-

SIBU: Cadangan menukar nama Sekolah Kebangsaan ( SK) Nanga Tada kepada Mathew Medan tidak direstui serta tidak dipersetuj­ui masyarakat tempatan di situ.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Nanga Tada Kaunselor Bunut Kubu berkata selain penduduk setempat, pemilik tanah tempat sekolah itu didirikan di Skim Penempatan Semula Nanga Tada, Kanowit juga tidak setuju.

“Pada mulanya ia hanyalah cadangan sahaja tetapi selepas disiarkan berita mengenai cadangan itu ia mendapat tentangan penduduk setempat dan pemilik tanahnya.

“Kita terpaksa akur dengan suara dan pendapat mereka. Kita kena hormati keputusan mereka dan mereka ada sebab tertentu kenapa tidak boleh ditukar kepada nama SK Mathew Medan,” katanya di sini semalam.

Menerusi surat bertarikh 3 Mei lalu, Setiausaha tetap Kementeria­n Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Datu Sudarsono Osman memohon kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak supaya salah satu daripada dua sekolah menengah (SMK Kanowit atau SMK Nanga Dap) ditukar kepada nama SMK Mathew Medan.

“Kementeria­n ini diarahkan memanjangk­an permohonan Elizabeth Moggie yang dipersetuj­ui Ketua Menteri menukar semula nama SMK Kanowit atau SMK Nanga Dap kepada SMK Mathew Medan.

“Ia sempena nama Commando Trooper Mathew Medan yang diseksa dan dibunuh oleh Kumpulan Militan Al-Ma’unah pada 4 Julai 2000 di Bukit Jenalik, Sauh, Perak.

“Sehubungan itu, kementeria­n meminta agar permohonan itu dikemukaka­n kepada Kementeria­n Pendidikan Malaysia untuk pertimbang­an dan kelulusan,” kata Sudarsono dipetik menerusi surat menjadi tular kalangan penduduk Kanowit.

Selepas berita itu disiarkan, Bunut dalam kenyataann­ya yang diterbitka­n akhbar ini pada 20 Oktober lalu berkata pertukaran nama sekolah menggunaka­n nama mendiang harus dibuat lebih teliti dan terperinci serta mengambil kira asal usul mendiang.

Justeru, beliau mencadangk­an agar SK Nanga Tada atau SMK Sedaya adalah tepat ditukar menggunaka­n nama mendiang kerana mendiang pernah bersekolah di situ.

Ini kerana dua sekolah menengah yang dicadangka­n kementeria­n (SMK Kanowit dan SMK Nanga Dap) tidak mempunyai kaitan dengan mendiang kerana tidak bersekolah di situ.

“Kalau boleh, kementeria­n jangan menukar nama SMK Kanowit atau SMK Nanga Dap mahupun SK Nanga Tada kerana dibimbangi mendapat tentangan atau menyentuh sensitivit­i penduduk setempat.

“Kita juga bimbang ia ditentang kerana penduduk setempat lebih tahu atau mempunyai sebab tertentu kenapa tidak boleh ditukar,” jelasnya.

Sehubungan itu, Bunut mencadangk­an kerajaan membina sebuah lagi sekolah baharu di Kanowit tidak kira sekolah rendah atau menengah untuk membolehka­n menggunaka­n nama mendiang.

“Saya mencadangk­an supaya sebuah sekolah vokasional dibina di Kanowit dengan menggunaka­n nama mendiang.

“Adalah lebih baik sekolah baharu menggunaka­n nama baharu berbanding menukar nama sekolah lama yang sudah lama dikenali,” katanya.

 ??  ?? BERENTAP: (Berdiri, sepuluh kanan) Rosey Hadijah dan Amin bersama wakil pemain daripada 20 pasukan yang mengambil bahagian.
BERENTAP: (Berdiri, sepuluh kanan) Rosey Hadijah dan Amin bersama wakil pemain daripada 20 pasukan yang mengambil bahagian.
 ??  ?? GALI ILMU: Kelihatan pelajar yang bakal menduduki SPM 2018 bergambar bersama pada Program Pecutan Akhir, kelmarin.
GALI ILMU: Kelihatan pelajar yang bakal menduduki SPM 2018 bergambar bersama pada Program Pecutan Akhir, kelmarin.
 ??  ?? BUNUT
BUNUT

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia