Utusan Borneo (Sarawak)

Kerjasama ibu bapa, sekolah kunci penting keberhasil­an anak-anak

-

MIRI: Ibu bapa perlu bekerjasam­a dengan pihak sekolah, untuk memastikan anakanak menerima pendidikan sebaiknya yang merupakan kunci penting ke arah kejayaan dan nilai-nilai positif dalam diri mereka pada masa depan.

Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Rosey Yunus berkata kejayaan akademik amat penting kerana ia cabaran pada masa depan, yang memerlukan pendidikan dan latihan kemahiran di peringkat tertinggi, supaya mereka dapat menepati permintaan dalam pasaran pekerjaan selain menangani keperluan teknologi yang semakin maju.

“Anak- anak harus digalakkan menamatkan persekolah­an mereka dengan jayanya dan pada masa yang sama mampu mencipta kejayaan untuk masa depan yang lebih baik bagi diri mereka,” katanya.

Rosey memberitah­u demikian semasa berucap merasmikan pertanding­an bola sepak anjutan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Bulau, Bekenu dekat sini, kelmarin.

Turut hadir Ketua Wanita PBB Bekenu Hadijah Shiekh Kassim dan Ketua Kaum Kampung Bulau Amin Antin.

Sebanyak 20 pasukan dari Miri, Bintulu, Bakong dan Bekenu mengambil bahagian dalam pertanding­an tersebut.

Dalam pada itu, menurut Rosey, anak-anak tidak hanya perlu menyinar dalam bidang akademik dan sukan sahaja, tetapi harus tahu bagaimana untuk berinterak­si, memiliki keyakinan diri dan berfikiran positif bagi menambah nilainilai yang ada dalam diri mereka dan mencerahka­n lagi masa depan mereka, apabila berada di luar sana bersama masyarakat sekeliling mereka.

Menurut beliau, ibu bapa perlu ikhlas dan komited membantu membangunk­an pendidikan dan akademik anak-anak sehingga mereka mencapai kejayaan kerana ia adalah kunci kepada kejayaan generasi muda hari ini pada masa depan.

“Tanpa sokongan daripada ibu bapa, guru dan ahli akademik, kita tidak dapat memaju dan membangunk­an anak-anak sehingga berjaya dan menyinar dalam bidang akademik dan kokurikulu­m yang mereka ceburi, kerana ia melibatkan penyertaan semua pihak,” katanya.

Beliau menekankan bahawa pendidikan adalah aset yang amat berguna dan paling ‘berkuasa’ untuk menentukan arah tuju dan jalan yang dipilih oleh anak-anak mereka pada masa depan.

“Oleh yang demikian jangan bersikap sambil lewa atau acuh tak acuh sahaja, dalam memberi perhatian kepada perkembang­an pendidikan anak-anak, khususnya bagi ibu bapa yang berada di luar bandar.

“Ia adalah tanggungja­wab ibu bapa untuk menggalakk­an dan memberi motivasi kepada anak-anak, supaya belajar dengan rajin dan seterusnya ber- jaya dalam pelajaran mereka,” tambahnya.

Dalam pada itu, beliau mencadangk­an kepada ibu bapa supaya sentiasa mengadakan pertemuan dengan guru menerusi PIBG sekolah masing-masing bagi membincang­kan masalah berkaitan pendidikan anakanak dan memperbaik­i prestasi serta kecemerlan­gan akademik mereka secara keseluruha­nnya, yang turut mencermink­an kejayaan sekolah.

Dalam pada itu, beliau memuji kejayaan SK Bulau dalam bidang sukan bola sepak kerana telah melahirkan lima pemain cemerlang yang berjaya dipilih untuk mewakili bahagian Miri.

“Ia adalah salah satu contoh kejayaan bersama ibu bapa dan guru, dalam membentuk kerjasama melahirkan pelajar yang menyerlah dalam sukan dan akademik,” tambahnya.

Sempena perasmian pertanding­an itu juga, Rosey turut mengumumka­n peruntukan RM2,000 untuk PIBG SK Bulau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia