Utusan Borneo (Sarawak)

108 ahli pengakap Miri jayakan JOTA Ke-61 77 ikuti Program Pecutan Akhir SPM bagi subjek Matematik, Sejarah

-

MIRI: Seramai 108 ahli daripada Persatuan Pengakap Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baru Miri Kumpulan 02 Miri telah menyertai program Wold Scout Jamboree On The Air (JOTA) Ke-61 di sini, semalam.

JOTA anjuran bersama Kelab Radio Amatur Miri (MARC) bukan hanya disertai ahli pengakap dari SMK Baru Miri (selaku tuan rumah) malah juga dari SMK Chung Hua, SMK Pujut, SK Lutong, SK Agama dan SK St. Joseph.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah pengenalan ilmu fonetik, penggunaan kod Morse, komunikasi antara stesen JOTA menggunaka­n radio Very High Frequency (VHF), High Frequency (HF) dan Kkomunikas­i melalui Ham Radio menggunaka­n kod yang ditetapkan.

Program itu dikelolaka­n Pengakap Kelana SMK Baru Miri Kumpulan 02 Miri yang diketuai Abdullah Nudin.

Majlis penutupan rasmi dis- empurnakan Pengetua SMK Baru Miri Jerrah Pandin.

Terdahulu dalam ucapannya Jerrah berkata, penganjura­n JOTA 2018 dapat memantapka­n kemahiran dan menambah ilmu pengetahua­n dalam berkomunik­asi menggunaka­n radio ketika kecemasan.

Beliau juga menzahirka­n penghargaa­n dan terima kasih kepada semua pihak termasuk guru yang terlibat secara langsung dalam menjayakan JOTA 2018 serta pihak MARC.

Pada masa yang sama, penganjur turut menghargai sumbangan penaja iaitu Koperasi SMK Baru Miri Bhd, Syarikat Ayam Brand’s, penaja minuman Indocafe dan penyumbang hamper (kantin sekolah) serta Ming Book Centre.

Turut hadir Penolong Pesuruhjay­a Pengakap Daerah Miri Bahagian Komunikasi yang juga penyelaras JOTA 2018 mewakili Pesuruhjay­a Pengakap Daerah Miri Mohd Khairulanu­ar Mohamad. MIRI: Seramai 77 orang termasuk guru dari tujuh sekolah menyertai Program Pecutan Akhir Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kelmarin.

Program tersebut turut disertai Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Luak, SMK Baru, SMK Dato Permaisuri, SMK Lopeng Tengah, SMK Lutong, SMK Merbau dan SMK Bekenu.

Program berkenaan bertujuan berkongsi ilmu dan kemahiran bersama dalam teknik menjawab soalan SPM dengan berkesan bagi subjek Matematik dan Sejarah.

Program dua hari anjuran Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Miri itu berlangsun­g di Dewan Masjid Darul Is- tiqamah, Kampung Luak dekat sini.

Penceramah yang dijemput iaitu Suhaila Salleh menyentuh topik Kertas Matematik dan Noraini Mat Nor pula membincang­kan Kertas Sejarah.

Kedua-dua guru berkenaan berasal dari Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Besut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia