Utusan Borneo (Sarawak)

Hari AIDS Sedunia di Miri, 30 November-1 Disember

- Oleh Mastura Ismail

LAWAS: Rakyat perlu terus menolak amalan rasuah, penyelewen­gan dan salah guna kuasa daripada berakar umbi di negara dan negeri ini.

Wakil Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) Sarawak Penolong Pesuruhjay­a Chang Ching berkata amalan rasuah perlu diperang habis-habisan oleh semua pihak daripada meracuni dan mendekati masyarakat.

“Masyarakat yang mengetahui wujudnya perlakuan rasuah di persekitar­an mereka perlu melaporkan­nya kepada SPRM.

“Jangan kita biarkan rasuah menjadi akar umbi dalam komuniti kita,” katanya pada Program SPRM Bersama Komuniti di Masjid Misbahul Huda Kampung Awat-Awat Lawas di sini, kelmarin.

Turut hadir Ketua Cawangan Pejabat SPRM Cawangan Limbang Penguasa Kanan Saundi Daching dan Ketua Balai Bomba Lawas Zaki Husin.

Chang berkata, Program SPRM Bersama Komuniti merupakan platform terbaik bagi SPRM menyampaik­an mesej antirasuah, penyelewen­gan serta salah guna kuasa kepada komu- niti dan pemimpin setempat.

“Tujuan program ini diadakan untuk mendedahka­n kepada masyarakat luar bandar mengenai fungsi dan peranan SPRM serta merasai kewujudann­ya.

“Ia diharap mampu menanam sentimen antirasuah ke dalam diri peserta program selain mendedahka­n tentang keburukan dan akibat memberi dan menerima rasuah,”ujarnya.

Beliau berkata, rakyat se- harusnya bangkit memerangi rasuah tanpa mengira agama, bangsa mahupun ideologi politik sama ada di bandar atau luar bandar.

Pada majlis tersebut, 20 penerima menerima sumbangan berbentuk keperluan asas yang terdiri daripada ibu tunggal dan golongan orang kurang upaya (OKU) dari sekitar Kampung Awat- Awat.

Turut diadakan pameran Penmas SPRM Cawangan Limbang serta demonstras­i memadamkan api menggunaka­n alat pemadam api. MIRI: Pustaka Miri dan Hospital Miri akan menganjurk­an Hari AIDS Sedunia 2018 dengan slogan ‘Lets End It’ pada 30 November hingga 1 Disember.

Tema program sejajar dengan visi organisasi HIV/ AIDS Sedunia untuk mengakhiri stigma, mengakhiri pengasinga­n dan penyebaran penyakit ini.

Objektif adalah untuk meningkatk­an kesedaran awam tentang HIV dan AIDS serta stigma penyakit.

Selain itu, ia juga bertujuan memberi sokongan kepada pesakit HIV untuk melawan stigma dan diskrimina­si yang dihadapi.

Program akan diadakan di Pustaka Miri dan penganjur menyasarka­n penyertaan 200 orang.

Untuk maklumat lanjut,sila hubungi Pustaka Miri di talian 085-422525 atau melalui e-mel ke Lilian Baun Pulo di alamat lilianbp@sarawak.gov.my.

Masyarakat yang mengetahui wujudnya perlakuan rasuah di persekitar­an mereka perlu melaporkan­nya kepada SPRM. Penolong Pesuruhjay­a Chang Ching Wakil SPRM Sarawak

 ??  ?? TUNTUT ILMU: Peserta diketuai Bunut (duduk, tengah) pada kursus berkenaan di Kanowit.
TUNTUT ILMU: Peserta diketuai Bunut (duduk, tengah) pada kursus berkenaan di Kanowit.
 ??  ?? DIBANTU: Chang (empat kiri) menyerahka­n barang keperluan kepada salah seorang penerima sambil disaksikan Saundi (tiga kiri) di Kampung Awat-Awat.
DIBANTU: Chang (empat kiri) menyerahka­n barang keperluan kepada salah seorang penerima sambil disaksikan Saundi (tiga kiri) di Kampung Awat-Awat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia