Utusan Borneo (Sarawak)

Seminar Perladanga­n Bahagian Sibu 2018 pada 6 November

-

SIBU: Interface Global Education Cawangan Sibu dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sibu menganjurk­an Seminar Perladanga­n Bahagian Sibu 2018 pada 6 November depan.

Seminar itu diadakan di bilik mesyuarat PPK Sibu, Tingkat 10 Wisma Sanyan di sini dari jam 9 pagi hingga 12 tengah hari.

Pegawai Kaunselor Pelajar Interface Global Education Jocky Jim Ungka berkata seminar itu dijangka dihadiri kira-kira 30 peserta berdaftar sebagai ahli PPK.

Menurutnya, seminar berkenaan memberi pendedahan tentang memajukan perniagaan dalam sektor kelapa sawit julung kali dianjurkan Interface Global Education Cawangan Sibu.

“Program ini merupakan landasan pengusaha ladang dan usahawan ladang kelapa sawit mengetahui pelbagai ilmu bidang perladanga­n kelapa sawit,” katanya yang juga penyelaras seminar tersebut di sini semalam.

Sementara itu, Pengurus Wilayah Interface Global Education Sabah dan Sarawak Kapten Anwar Sahabudin Kamaldin menyatakan komitmen pihaknya membantu PPK Sibu dari segi tunjuk ajar, khidmat nasihat dan menawarkan beberapa kursus pendidikan sekiranya diperlukan.

Terdahulu, Anwar, Jocky dan Pegawai Akademik Interface Global Education Mira Syayidatul mengadakan mesyuarat pelaksanaa­n bersama Pengurus PPK Sibu Sengalang Jawan di PPK Sibu.

Interface Global Education merupakan sebuah pusat pembelajar­an bekerjasam­a dengan Universiti Malaysia Pahang, Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Utara Malaysia menyediaka­n pelbagai produk pendidikan bermula dari Diploma Profesiona­l sehingga ke peringkat ijazah sarjana.

Pengajian ditawarkan adalah separuh masa sahaja dan tawaran belajar lebih kepada mereka yang berpengala­man bekerja tiga tahun selain berumur 21 tahun ke atas.

Interface Global Education Cawangan Sibu terletak di Lot 1745, 1063, S/L 9, No. 18A, Tingkat 2 dan 3, Jalan Kampung Datu, Sibu.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Jocky di talian 0149555711 atau 084-322242.

 ??  ?? KERJASAMA: (Dari kiri) Anwar, Sengalang, Jocky dan Mira mengadakan mesyuarat pelaksanaa­n Seminar Perladanga­n Bahagian Sibu 2018 semalam.
KERJASAMA: (Dari kiri) Anwar, Sengalang, Jocky dan Mira mengadakan mesyuarat pelaksanaa­n Seminar Perladanga­n Bahagian Sibu 2018 semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia