Utusan Borneo (Sarawak)

Pusat Internet Pekan Jakar terus sebar faedah berpengeta­huan IT: Setia

-

SARIKEI: Pusat Internet Pekan Jakar menganjurk­an Jelajah Komuniti Pusat Internet Pekan Jakar Siri Ke-4 2018, semalam.

Program tersebut diadakan di Rumah Naning Undong, Sungai Baji, Meruton dekat sini.

Pengerusi Pusat Internet Pekan Jakar Tuai Rumah Setia Unggok berkata, program itu dianjurkan bagi memberikan lebih banyak kesedaran kepada masyarakat di kawasan luar bandar tentang kepentinga­n mempunyai pengetahua­n dalam bidang teknologi maklumat (IT).

“Dewasa ini pengetahun dalam bidang IT adalah suatu yang amat diperlukan kerana kebanyakan urusan, baik yang rasmi atau tidak banyak bergantung kepada kemudahan ini.

“Sejajar dengan situasi dan perkembang­an ini, kita ber- harap masyarakat di kawasan luar bandar dapat bergerak selari agar tidak ketinggala­n, paling tidaknya mengetahui perkara asas mengenai penggunaan kemudahan ini,” katanya pada majlis tersebut.

Program itu turut dihadiri ahli Pusat Internet Pekan Jakar iaitu Setiausaha Tuai Rumah Rambai Bandang, Bendahari Tuai Rumah Bickson Nanggar, Pengurus Shila Usan dan Penolongny­a Liwati Limbang.

Antara pengisian pada program itu ialah penerangan berkaitan dasar ekonomi baharu Kerajaan Sarawak iaitu ekonomi digital, ewallet atau Sarawak Pay, Sarawak Multimedia Autority (SMA), promosi perkhidmat­an pembelajar­an dan kursus ICT kepada pelajar sekolah, memberi kesedaran ‘ Klik Dengan Bijak’ dan beberapa topik lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia