Utusan Borneo (Sarawak)

Jalan Tun Ahmad Zaidi-Tun Razak di Parkcity ditutup sementara

-

SIBU: Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), salah satu kesatuan guru terbesar di negara ini, telah mengadakan kunjung hormat terhadap Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) di Kuching baru-baru ini.

Rombongan itu terdiri daripada 13 pegawai kanan KGMMB yang diketuai Presidenny­a Jasni Md Kechik.

Menurut Jasni, lawatan itu adalah untuk membina hubungan yang lebih baik antara dua kesatuan guru berkenaan.

Semasa kunjungan hormat, kedua- dua kesatuan itu mengadakan perbincang­an mengenai isu- isu semasa yang berkaitan pendidikan untuk dibawa ke mesyuarat bersama dengan bahagian sumber manusia Kementeria­n Pendidikan di Putrajaya hari ini (Selasa).

KGBS diketuai Presidenny­a Ahmad Malie bagi menyertai mesyuarat berkenaan. BINTULU: Dua jalan di kawasan Pusat Komersial Parkcity akan ditutup bagi memberi laluan kepada kerja pembinaan paip pembetung bawah tanah di kawasan berkenaan.

Laluan yang ditutup ialah Jalan Tun Ahmad Zaidi dan Jalan Tun Razak yang melibatkan dua segmen iaitu Segmen A (hadapan premis Celcom) bermula 19 hingga 14 Oktober manakala Segmen B (hadapan premis Kopitiam) dari 15 November hingga 5 Disember nanti.

Jurucakap Hal Ehwal Awam Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) berkata, penutupan dua laluan ini dilakukan untuk membolehka­n pemaju meneruskan pembinaan paip pembetung bawah tanah bagi menghubung­kannya dengan pam sedia ada.

“Kerja pembinaan paip pembetung ini untuk m e w u j u d k a n s i s t e m perpaipan yang lebih teratur pada masa depan dalam usaha menjadikan Bintulu sebuah bandar yang terancang,” ujarnya.

Bagi tujuan itu katanya, semua papan tanda serta penanda aras berkaitan maklumat dan keselamata­n telah dipasang di sepanjang jalan mulai 16 Oktober lalu.

Orang awam khususnya pengguna j alan raya turut dinasihati mengelak menggunaka­n l aluan terbabit pada masa sekarang, sebaliknya menggunaka­n laluan alternatif bagi memberi laluan kerja pembinaan sistem perpaipan berkenaan.

Semua pengguna jalan raya dalam pada itu dinasihati mematuhi sepenuhnya semua papan tanda keselamata­n di kawasan terbabit bagi mengelak sebarang insiden tidak diingini.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Ahmad (empat kiri, barisan hadapan) menyerahka­n cenderamat­a kepada Jasni, sambil diperhatik­an yang lain.
TERIMA KASIH: Ahmad (empat kiri, barisan hadapan) menyerahka­n cenderamat­a kepada Jasni, sambil diperhatik­an yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia