Utusan Borneo (Sarawak)

Tidak hanya baik pulih tetapi bangunan perlu dibina semula terutama sekolah daif kritikal

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Kerajaan Sarawak berharap Bajet 2019 akan memperuntu­kkan dana bagi membaiki kirakira 500 atau sekurangku­rangnya separuh sekolah daif di Sarawak.

Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin berkata Sarawak menghargai usaha kerajaan pusat menyiapkan kerja menaik taraf 116 sekolah usang di Sarawak tahun ini, namun sekolah daif lain juga perlu diberi perhatian.

Jelasnya, sekolah-sekolah yang daif tidak hanya perlu dibaik pulih tetapi bangunanny­a perlu dibina semula terutama di 415 sekolah yang diklasifik­asikan daif kritikal.

“Kita benar-benar berharap Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dan kerajaan pusat berhasrat mencapai 50 peratus sekolah usang yang dibaik pulih di seluruh negara siap tahun depan iaitu 50 peratus daripadany­a terletak di Sarawak,” katanya.

Baru-baru ini Dr Maszlee dipetik sebagai berkata peruntukan Bajet 2019 akan memfokus kepada kerja menambah baik dan membaik pulih sekolah sebagai sebahagian daripada langkah memperkasa pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET).

Dr Maszlee juga berkata 394 sekolah telah dibaik pulih di seluruh negara tahun ini, mencapai sasaran 10 peratus sekolah dan kerajaan persekutua­n di bawah Pakatan Harapan (PH) berharap dapat mencapai sasaran 50 peratus menjelang tahun depan.

M e n u r u t M a n y i n , kerajaan Barisan Nasiobnal (BN) sebelum ini bersetuju memberi RM1 bilion kepada Sarawak untuk membaik pulih sekolah-sekolah usang di negeri ini bagi tempoh dua tahun.

Katanya lagi Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah kerajaan terdahulu telah mengeluark­an kontrak membaik pulih 116 sekolah setakat Februari tahun ini, berjumlah RM419 juta.

Berdasarka­n jadual kerja, 50 daripada kontrak berkenaan dikendalik­an Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak dan 66 lagi oleh KPM, kesemuanya sudah siap mengikut jadual iaitu Julai tahun ini.

B a j e t 2 0 1 9 a k a n dibentangk­an Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2 November ini di Parlimen.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika ditemu bual oleh BERNAMA News Channel pada 21 September lalu menyifatka­n Bajet 2019 sebagai belanjawan yang sukar bagi kerajaan persekutua­n.

Bajet itu yang pertama untuk kerajaan Pakatan Harapan (PH) selepas mengambil alih kerajaan persekutua­n daripada Barisan Nasional ( BN) berikutan kemenangan­nya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 Mei lalu.

 ??  ?? MICHAEL MANYIN
MICHAEL MANYIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia