Utusan Borneo (Sarawak)

Pelajar ke sekolah bukan sekadar belajar tetapi dididik sebagai pewaris negara

-

MARUDI: Pelajar datang ke sekolah bukan sahaja untuk belajar tetapi dididik sebagai pewaris negara agar menjadi modal insan berilmu dan berakhlak mulia.

Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil berkata ini selari dengan salah satu Bidang Keberhasil­an Utama Negera (NKRA) iaitu meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampu­an.

“Kita perlu bersedia melakukan pembaharua­n dalam sistem pendidikan melalui inovasi dasar dan strategi yang berterusan,” katanya pada majlis Anugerah Pelajar Cemerlang TS25 3.0 SMK Marudi di sini semalam.

Tegas beliau, pelbagai usaha dilakukan menjadikan pelajarpel­ajar sebagai peneroka ilmu dan bukan sekadar pengikut dan amat penting ialah bagi mempersiap generasi muda dengan keperluan abad ke21.

Menurut Penguang, perubahan zaman dan cabaran semasa usaha bersepadu dan bersungguh-sungguh melalui satu kaedah perlu dilakukan oleh semua lapisan masyarakat agar dapat menyumbang kepada kejayaan anak-anak.

“Sebagai ibu bapa, kita juga perlu melakukan refleksi diri apakah memadai atau cukup setakat menyerahka­n tanggungja­wab kepada guru dan pihak sekolah semata- mata.

“Sebaliknya, ibu bapa perlu memastikan usaha dimulakan di sekolah akan diteruskan apabila pelajar balik ke rumah,” ujar beliau.

Sehubungan itu, kepuasan terletak pada usaha bukannya kejayaan dengan pihak pentadbir sekolah perlu memacu penghasila­n daya kreativiti dan inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajar­an secara berterusan.

Katanya bagi menghasilk­an pendidikan bermutu, pengajar perlu melakukan anjakan paradigma melaksanak­an pendekatan pengajaran dan pembelajar­an menggalakk­an pelajar berfikir secara kreatif dan inovatif.

Dalam pada itu, orientasi pengajaran dan pembelajar­an mesti berganjak daripada pembelajar­an berbentuk hafalan kepada pembelajar­an merangsang akal.

“Oleh itu, pendidik perlu sedar orang ramai terutama ibu bapa sentiasa mengukur pencapaian berdasarka­n standard kualiti yang dijanjikan.

“Pendidik jangan cepat berasa puas dengan pencapaian hari ini dan sentiasa berusaha meningkatk­an kualiti perkhidmat­an agar pendidikan menjadi contoh kepada perkhidmat­an lain,” jelas beliau.

Pada majlis tersebut, Susiza Andrew dari tingkatan 3A menerima Anugerah Pengetua Tokoh Pelajar Harapan TS25 sementara Stanley Molly Jimbai dan Ivy Tie Mei masing- masing menerima Anugerah Pelajar Terbaik Lelaki dan Perempuan.

Sementara itu, Penguang turut menyampaik­an peruntukan berjumlah RM30,000 untuk PIBG SMK Marudi dan RM100,000 untuk melaksanak­an projek lorong pejalan kaki (susur gajah) sekolah tersebut.

Hadir sama Pegawai Tadbir Sarawak ( SAO) Venessa Joseph, Pengerusi Majlis Daerah Marudi ( MDM) Edward Mendai, wakil Pegawai Pendidikan Daerah Baram Rokimen Imah serta Pengetua SMK Marudi Maria Jau dan ketua-ketua masyarakat.

 ??  ?? TERBAIK: Pelajar Terbaik Lelaki dan Perempuan, Stanley Molly dan Ivy Tie menerima anugerah daripada Penguang (tengah) di Marudi semalam.
TERBAIK: Pelajar Terbaik Lelaki dan Perempuan, Stanley Molly dan Ivy Tie menerima anugerah daripada Penguang (tengah) di Marudi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia