Utusan Borneo (Sarawak)

Menaikkan harga rokok bukan penyelesai­an terbaik kurangkan tabiat merokok: COVAS

-

KUCHING: T i n d a k a n menaikkan harga rokok akan menyebabka­n perokok beralih kepada sumber alternatif seperti rokok seludup dan tidak berdaftar yang jauh lebih murah harganya.

Presiden Persatuan Suara Pengguna Sarawak (COVAS) Michael Tiong berkata, langkah diambil kerajaan Pakatan Harapan (PH) itu bukan penyelesai­an terbaik untuk mengurangk­an tabiat merokok dalam kalangan rakyat negara ini.

“Kami ( COVAS) tidak percaya dengan menaikkan harga rokok akan memberi kesan positif, hakikatnya ia memberi kesan sebaliknya kerana perokok akan mendapat sumber atau beralih kepada pasaran gelap untuk mendapatka­n rokok seludup yang jauh lebih murah.

“Oleh itu usaha menaikkan harga rokok tidak berkesan mengurangk­an perokok di negara ini,” katanya.

Tiong berkata, rokok seludup atau jenama tidak berdaftar mungkin mengandung­i bahan-bahan yang lebih berbahaya kepada kesihatan berbanding jenama diiktiraf dijual di pasaran terbuka.

Selain itu katanya, kenaikan harga rokok akan memberi beban tambahan kepada peng- guna dalam konteks ini perokok terutama mereka yang bekerja dalam sektor yang memberi tekanan tinggi.

Menurutnya apabila perokok mempunyai bajet yang terhad mereka akan mencuba apa cara pun untuk mendapatka­n bekalan pada harga yang mereka mampu.

“Ini sudah tentu membuka peluang kepada peniaga untuk memenuhi keperluan pasaran dengan menjual rokok tidak berdaftar atau seludup,” katanya menerusi kenyataan akhbar semalam.

Tiong turut mempersoal­kan justifikas­i kepada cadangan menaikkan harga rokok.

“Adakah kerana meningkatn­ya jumlah kematian disebabkan tabiat merokok? Jika benar, tunjukkan statistik untuk menyokong langkah itu.

“Atau terdapat terlalu banyak aduan daripada bukan perokok. Di mana statistikn­ya? Atau adakah disebabkan kerajaan sekarang perlukan banyak pendapatan maka cukai dikenakan, caj atau undang-undang baharu diperkenal­kan ke atas perokok rakyat Malaysia?” soalnya.

Beliau berkata, langkah menaikkan harga rokok mesti dilakukan secara progresif, sistematik, berdasarka­n asas kemanusiaa­n dan hasil kajian sahih kerana sesetengah perokok itu bergantung kepada rokok untuk meneruskan kehidupan mereka.

Tiong dalam pada itu tidak menafikan larangan merokok di tempat awam adalah langkah baik untuk melindungi orang lain yang tidak merokok.

Justeru katanya, langkah memperbany­akkan lagi zon larangan merokok dan menetapkan kawasan merokok di tempat awam adalah langkah pencegahan lebih berkesan seperti di negara Singapura.

Katanya, di Singapura perokok yang didapati merokok di kawasan larangan merokok dikenakan denda 100 dolar dan setakat ini langkah tersebut sangat berkesan.

Larangan merokok di kawasan awam juga akan menggalakk­an perokok baharu tidak mempunyai tabiat negatif itu.

“Menyukarka­n perokok merokok di tempat awam akan menggalakk­an mereka tidak merokok,” ujarnya.

Baru- baru ini, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad pada satu sidang media di lobi Parlimen berkata harga runcit rokok dijangka naik akhir Oktober berikutan pelaksanaa­n Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST).

Menurutnya kenaikan itu berlaku apabila harga produk tembakau dinaikkan susulan berlaku kenaikan mana-mana cukai berdasarka­n Peraturan 8A Peraturan- Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

“Kementeria­n Kesihatan sedang menyelaras­kan kelulusan harga rokok terkini.

“Pelaksanaa­n SST barubaru ini akan menyebabka­n harga bagi semua jenis produk tembakau termasuk rokok kena dinaikkan.

“Atas sebab itu, di bawah Peraturan A harga perlu dinaikkan daripada harga yang terikat ketika ini,” katanya pada sidang akhbar berkenaan.

Pada 30 Ogos lalu, JT Internatio­nal Bhd ( JTI Malaysia) mengumumka­n harga rokok bagi semua jenama yang diedarkann­ya di Malaysia akan meningkat selepas penguatkua­saan SST pada 1 September.

Kali terakhir syarikat pengeluar rokok menaikkan harga jualan runcit rokok adalah pada November 2015 susulan kenaikan eksais rokok selain mengambil kira kesan GST serta tekanan kos inflasi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia