Utusan Borneo (Sarawak)

‘Street Attack’ promosi kedatangan MAHA 2018

- Oleh Adriana Mroon Ambrose

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) telah mengadakan program ‘Street Attack’ di tiga pusat beli- belah terkemuka sekitar Kuala Lumpur pada Ahad lalu bertujuan untuk mempromosi­kan kedatangan Pa- meran Pertanian Hortikultu­r dan Agropelanc­ongan Malaysia 2018 (MAHA 2018) pada 22 November hingga 2 Disember depan.

Melalui program Street Attack, pusat beli- belah Farrenheit 88, Sogo dan Jakel dimeriahka­n dengan persembaha­n penari Attitude bagi mempromosi­kan penganjura­n MAHA 2018 tahun ini.

Pengarah Sekretaria­t MAHA Azman Mohd Saad berkata, program Street Attack ini merupakan platform yang dianjurkan oleh MOA bertujuan untuk mempelawa dan memaklumka­n masyarakat di Malaysia terutamany­a di Kuala Lumpur dan Lem- bah Klang bahawa MAHA hanya tinggal 30 hari sahaja lagi.

“Street Attack ini turut memperkena­lkan lagu tema MAHA 2018 iaitu ‘Hang Pi MAHA’ nyanyian Yabang Khalifah di mana liriknya telah diubah mengikut kesesuaian MAHA tahun ini.

“Selain Yabang, artis lain termasuk Faizal Ismail, Aisyah dan Abby Abadi dilantik sebagai rakan strategik selebriti MAHA,” katanya ketika ditemui wartawan di pusat beli-belah Farrenheit 88.

Tambah Azman lagi, sehingga kini jumlah penaja dan rakan strategik MAHA 2018 adalah seramai 35 buah syarikat dan individu manakala hasil kutipan tajaan setakat ini mencecah hampir RM5.5 juta.

“MAHA 2018 turut mendapat sambutan yang memberangs­angkan sebagai sebuah platform peniagaan yang menguntung­kan apabila kesemua 1,500 buah gerai yang ditawarkan telah habis ditempah oleh para penggiat industri pertanian dan agro makanan negara.

“Pelawat yang berkunjung ke MAHA 2018 pastinya akan menikmati segala yang terbaik yang ditawarkan oleh industri pertanian dan makanan Malaysia. Ini termasuk hasil pertanian segar, hidangan popular, buah-buahan tempatan dan eksotik serta mengalami sendiri pengalaman pertanian di pelbagai laman yang disediakan selain pelbagai aktiviti termasuk 501 juadah popular dan banyak lagi,”katanya.

Bertemakan ‘ Makanan Kita, Masa Depan Kita’ MAHA 2018 akan menggarisk­an kepentinga­n negara untuk mempertaha­nkan Kedaulatan Makanan sebagai asas kekuatan negara.

 ??  ?? Penampilan istimewa Yabang Khalifah menghiburk­an pengunjung dengan menyanyika­n lagu tema MAHA 2018 iaitu Hang Pi MAHA.
Penampilan istimewa Yabang Khalifah menghiburk­an pengunjung dengan menyanyika­n lagu tema MAHA 2018 iaitu Hang Pi MAHA.
 ??  ?? Azman (depan, lima kiri) bersama Faizal Ismail dan Yabang Khalifah pada program promosi Street Attack menjelang 30 Hari MAHA 2018 di Fahrenheit 88, Kuala Lumpur, Ahad lalu.
Azman (depan, lima kiri) bersama Faizal Ismail dan Yabang Khalifah pada program promosi Street Attack menjelang 30 Hari MAHA 2018 di Fahrenheit 88, Kuala Lumpur, Ahad lalu.
 ??  ?? Program Street Attack MAHA 2018 dimeriahka­n dengan persembaha­n penari Attitude.
Program Street Attack MAHA 2018 dimeriahka­n dengan persembaha­n penari Attitude.
 ??  ?? Pengunjung dari luar negara turut bersama memeriahka­n Program Street Attack MAHA 2018 yang berlangsun­g di pusat beli-belah Sogo Ahad lalu.
Pengunjung dari luar negara turut bersama memeriahka­n Program Street Attack MAHA 2018 yang berlangsun­g di pusat beli-belah Sogo Ahad lalu.
 ??  ?? Faizal Ismail turut hadir pada Program Street Attack MAHA 2018.
Faizal Ismail turut hadir pada Program Street Attack MAHA 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia