Utusan Borneo (Sarawak)

Jamal memberitah­u bahawa dia dan lima lagi tertuduh perlu melaksanak­an pekerjaan masing-masing

-

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret Ampang di sini semalam menolak permohonan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos, untuk mengecuali­kan kehadirann­ya pada prosiding sebutan semula yang akan datang berhubung empat kes yang dihadapiny­a.

Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali dan Majistret Haslinda A. Raof membuat keputusan itu setelah Jamal, 48, dan peguamnya Datuk Mohd Imran Tamrin yang mewakiliny­a membuat permohonan itu di dua Mahkamah Majistret berasingan.

“Atas alasan apa tertuduh ( Jamal) tak dapat hadir? Sekiranya tertuduh tidak dapat hadir, tulis surat secara rasmi, kenapa tak boleh hadir. Sebab kes-kes jenayah, semua tertuduh hadir kecuali ada sebab-sebab tertentu,” kata Mohamad Firdaus selepas Mohd Imran Tamrin membuat permohonan itu pada prosiding sebutan semula kes Jamal semalam.

Di hadapan Haslinda, Jamal, yang berdiri di kandang tertuduh memberitah­u mahkamah bahawa dia dan lima lagi tertuduh yang dituduh bersamanya perlu melaksanak­an pekerjaan masing-masing dan memohon hanya Mohd Imran selaku peguam mereka, yang hadir pada prosiding sebutan semula akan datang namun permohonan itu turut ditolak Haslinda.

“Kamu kena hadir. Tujuan bagi jaminan itu adalah untuk kehadiran tertuduh, walaupun dah ada peguam, (Jamal dan tertuduh lain) kena hadir,” kata Haslinda.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Norhashima­h Hashim dan Raihanah Abd Razak memaklumka­n dokumen berkaitan kes itu belum disediakan sepenuhnya untuk diserahkan kepada pihak pembelaan dan memohon tarikh sebutan baharu untuk serahan dokumen.

Kedua-dua mahkamah kemudian menetapkan 13 Nov untuk sebutan semula kes.

Di hadapan Mohamad Firdaus, Jamal, yang juga Pengerusi Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Malaysia berdepan tiga tuduhan iaitu Jamal bersama-sama seorang lelaki yang telah dituduh dan seorang lelaki yang masih bebas didakwa melakukan penceroboh­an rumah di Kedai Starcom Trading and Services, No 23 dan 25, Ja- lan Kosas 13, Taman Kosas, Ampang, di sini pada jam 3.30 petang, 29 Dis 2016.

Pertuduhan itu dikemukaka­n mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi tuduhan kedua, Jamal didakwa dengan sengaja telah melepaskan diri daripada jagaan polis selepas dituduh atas tiga kesalahan jenayah di Hospital KPJ Ampang Puteri, Ampang, di sini antara jam 2 dan 3 petang, 25 Mei lepas mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Jamal turut didakwa atas tuduhan tanpa sebab-sebab

Atas alasan apa tertuduh (Jamal) tak dapat hadir? Sekiranya tertuduh tidak dapat hadir, tulis surat secara rasmi, kenapa tak boleh hadir. Sebab kes-kes jenayah, semua tertuduh hadir kecuali ada sebab-sebab tertentu. Mohamad Firdaus Sadina Ali Majistret

yang munasabah telah meninggalk­an Malaysia tanpa melalui laluan-laluan yang dibenarkan atau diwartakan, di hospital sama pada tarikh serupa mengikut Seksyen 5(2) Akta Imigresen pindaan 2002 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 57 akta sama yang memperuntu­kkan hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Di hadapan Haslinda, Jamal, bersama lima lagi lelaki didakwa dengan niat bersama telah melakukan penceroboh­an di premis hiburan keluarga Happy Toys, No 23, Jalan Kosas 1/2, Taman Kosas, Ampang, di sini pada 3.40 petang, 29 Dis 2016 mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KETAHUI NASIB: Nur Farahanis hadir bagi mendengar keputusan rayuan berikutan kes menjalanka­n perusahaan pergigian tanpa lesen di Mahkamah Tinggi, semalam.
— Gambar Bernama KETAHUI NASIB: Nur Farahanis hadir bagi mendengar keputusan rayuan berikutan kes menjalanka­n perusahaan pergigian tanpa lesen di Mahkamah Tinggi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia