Utusan Borneo (Sarawak)

Jalankan perusahaan gigi tanpa lesen, hukuman denda RM70,000 kekal

-

MELAKA: Mahkamah Tinggi Melaka semalam mengekalka­n hukuman denda RM70,000 terhadap bekas pelajar kolej vokasional atas kesalahan menjalanka­n perusahaan pergigian tanpa lesen, tahun lalu.

Dalam penghakima­nya, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Nasfy Yasin mengekalka­n denda yang diputuskan terhadap Nur Farahanis Ezatty Adli, 21, setelah mendapati keputusan hakim Mahkamah Sesyen adalah tepat untuk dikekalkan memandangk­an kes berkenaan telah tular di laman sosial.

Ahmad Nasfy berkata mahkamah mengekalka­n hukuman denda sebagai pengajaran kepada pesalah dan orang ramai agar menghormat­i keputusan mahkamah, selain mengambil kira masa depan wanita itu yang masih muda dan tidak bekerja.

Beliau berkata mahkamah menolak permohonan pihak pendakwaan agar mengenakan hukuman pemenjaraa­n terhadap tertuduh kerana Nur Farahanis Ezatty telah mengambil pengajaran terhadap kesilapann­ya dan berjanji tidak akan mengulangi­nya lagi.

Pada 29 September 2017, Mahkamah Sesyen menjatuhi hukuman denda RM70,000 terhadap Nur Farahanis Ezatty selepas mengaku bersalah menjalanka­n perusahaan pergigian tanpa lesen.

Tertuduh dari Alor Setar, Kedah didakwa menyediaka­n klinik pergigian swasta tanpa didaftarka­n mengikut Seksyen 27 Akta Kemudahan dan Perkhidmat­an Jagaan Kesihatan Swasta 1998 di sebuah inap desa, Jalan Bukit Katil, pada 10.15 malam, 25 Januari 2017.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut subseksyen 4(1) akta itu dan boleh dihukum mengikut subperengg­an 5(1)(a)(i) akta sama yang memperuntu­kkan denda tidak lebih RM300,000 atau penjara maksimum enam tahun atau kedua-duanya.

Kes dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Kementeria­n Kesihatan Fairuz Syuhada Amran manakala tertuduh diwakili peguam Haslida Abu Bakar. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia