Utusan Borneo (Sarawak)

Cederakan jiran, tiga beranak dipenjara lima dan empat bulan

-

KUALA LUMPUR: Akibat mencederak­an seorang lelaki yang merupakan jiran mereka dengan sebatang besi, topi keledar dan sebilah parang, tiga beranak masing-masing dihukum penjara lima bulan dan empat bulan oleh Mahkamah Majistret Selayang di sini, semalam.

Majistret Nurul Izzah Hasan Basri menjatuhka­n hukuman penjara lima bulan terhadap Rosliza Md Isa, 31, manakala bapanya Md Isa Ismail, 63, dan adik lelakinya Ros Iman, 26, masing-masing dihukum penjara empat bulan dan mahkamah memerintah­kan mereka menjalani hukuman penjara bermula tarikh tangkap pada 12 September lepas.

Tiga beranak itu mengaku bersalah atas tuduhan bersama-sama dengan sen- gaja mencederak­an S. Viknes Kumar, 23, dengan menggunaka­n sebatang besi, topi keledar dan sebilah parang di hadapan Blok D, Prima Selayang, PS1, Batu Caves di sini pada jam 9.30 malam, 6 September lepas.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang boleh dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zuhaini Mahamad Amin memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran mengambil kira kesalahan yang dilakukan tertuduh diklasifik­asikan sebagai gengsteris­me.

Md Isa dan Ros Iman yang diwakili peguam Azman Abdullah memohon hukuman penjara minimum bagi kedua- dua anak guamnya atas alasan mereka telah insaf dan menyesal.

“Kedua-dua anak guam saya memohon maaf kepada mangsa dan mahkamah serta berjanji tidak akan mengulangi kesalahan itu lagi. Kejadian ini tidak dirancang dan berlaku secara tidak sengaja kerana melibatkan perselisih­an faham antara mereka,” katanya.

Bagaimanap­un, Rosliza yang bekerja sebagai pengawal keselamata­n tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan dengan alasan dia yang merupakan seorang ibu tunggal dan mempunyai dua anak serta menanggung kedua-dua ibu bapanya.

Di hadapan Majistret Iriane Isabelo, Rosliza turut didenda RM2,000 atau sebulan penjara jika tidak membayar denda itu kerana melakukan khianat dengan merosakkan cermin hadapan dan sisi kereta milik J. Darshana iaitu teman wanita Viknes Kumar di tempat dan tarikh dan masa sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak melebihi lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Nur Shasha Hidayah Nor Azahar memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran bagaimanap­un, Rosliza yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan dengan alasan dia penanggung tunggal keluarga. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia