Utusan Borneo (Sarawak)

Kes babitkan ‘African Scam’, ‘Macau Scam’, ‘Love Scam’ , keldai akaun

-

KUALA LUMPUR: Sebanyak 21,374 pelbagai kes jenayah komersial dilaporkan tahun ini melibatkan kerugian kira-kira RM4.2 bilion, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh.

Antara jenayah komersil itu membabitka­n kes ‘African Scam’, ‘Macau Scam’, ‘Love Scam’ dan keldai akaun.

Beliau berkata, jumlah kes komersial itu adalah bagi tempoh Januari sehingga kelmarin (21 Okt) dan, 56 peratus daripada jumlah kes itu melibatkan kes jenayah siber serta pinjaman tidak wujud.

Jumlah kerugian berkenaan dijangka meningkat lagi berikutan ramai lagi mangsa yang masih terperdaya dalam kes ini, katanya pada sidang akhbar kejayaan JSJK dalam ‘Op Seagull’ di Menara KPJ Health, di sini, semalam.

Dalam perkembang­an yang sama, polis menahan 27 individu warga tempatan di Melaka Tengah pada Sabtu lepas kerana disyaki membuka lima pusat panggilan Macau Scam di Pulau Pangkor, Perak.

Amar Singh berkata suspek terdiri daripada 21 lelaki dan enam wanita yang menjalanka­n kegiatan itu selama setahun di pusat panggilan berkenaan dengan mengakibat­kan nilai kerugian berjumlah RM1 juta.

Beliau berkata mangsa terakhir mereka adalah pada 4 Okt lepas, dengan jumlah kes bagi tangkapan itu sebanyak

Polis terima 54 laporan kes. Mereka pernah beroperasi di Kota Kinabalu dan Sandakan di Sabah dengan nilai kerugian RM345,000. Antara barang yang dirampas adalah 13 telefon bimbit, empat buku catatan serta beberapa skrip untuk

mangsa.” memperdaya Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman

221.

Sebelum itu, pada 14 Okt, polis turut menahan lima individu iaitu tiga lelaki dan dua wanita tempatan disyaki membuka pusat panggilan yang sama beroperasi di Melaka Tengah.

Amar Singh berkata, kesemua lima suspek berumur 23 hingga 42 tahun itu melakukan kegiatan berkenaan selama enam bulan di seluruh negara.

“Polis terima 54 laporan kes. Mereka pernah beroperasi di Kota Kinabalu dan Sandakan di Sabah dengan nilai kerugian RM345,000. Antara barang yang dirampas adalah 13 telefon bimbit, empat buku catatan serta beberapa skrip untuk memperdaya mangsa,” katanya.

Amar Singh menasihatk­an orang ramai agar tidak mudah terpedaya menerima panggilan yang tidak dikenali dengan meminta wang tunai serta membuat pengesahan dengan Bank Negara.— Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? HASIL RAMPASAN: Amar Singh (tengah) menunjukka­n bahan bukti yang dirampas pada sidang media kejayaan Operasi Ops Seagull di Menara KPJ dekat Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama HASIL RAMPASAN: Amar Singh (tengah) menunjukka­n bahan bukti yang dirampas pada sidang media kejayaan Operasi Ops Seagull di Menara KPJ dekat Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia