Utusan Borneo (Sarawak)

KPDNHEP Selangor tumpas sindiket seleweng diesel

-

SHAH ALAM: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor berjaya menumpaska­n sindiket penyelewen­gan diesel apabila merampas 6,000 liter diesel di sebuah stesen minyak di Puchong dekat sini, Sabtu lepas.

Ketua Pegawai Penguat Kuasanya, Azman Adam berkata rampasan diesel itu dilakukan selepas pihaknya membuat risikan selama seminggu sebelum menahan sebuah lori tangki di stesen minyak berkenaan kira-kira jam 12.45 pagi.

“Semasa operasi itu, seorang lelaki dilihat sedang mengisi minyak diesel ke sebuah lori yang telah diubah suai dengan menambah satu tangki tambahan berkapasit­i 5,000 liter.

“Enjin lori juga sengaja dihidupkan bagi menarik minyak diesel yang diisi dalam tangki asal untuk disedut naik ke tangki tambahan tersebut,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Beliau berkata, susulan itu pihaknya menahan dua lelaki iaitu pemandu lori terbabit dan pembantuny­a berusia 30an untuk siasatan lanjut.

Azman berkata siasatan mendapati sindiket itu membeli diesel pada harga bersubsidi iaitu RM2.18 seliter berbanding harga jualan untuk industri RM2.40 seliter.

Katanya, pihaknya yakin sindiket berkenaan mampu meraih keuntungan apabila menjual diesel tersebut terus kepada pihak industri.

“Kebanyakan pihak indus- tri lebih cenderung untuk membeli diesel daripada sindiket ini kerana harga diesel yang dijual lebih rendah berbanding di stesen minyak dan kami akan lakukan siasat bagi mengesan industri mana yang mendapat bekalan daripada mereka.

Sekiranya pemilik stesen minyak ini didapati terlibat secara sengaja dalam aktiviti itu, lesen perniagaan mereka akan digantung dan dibatalkan,” katanya.

Beliau berkata kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Bekalan 1961 kerana menyimpan barang kawalan dengan niat melakukan kesalahan serta Seksyen 20 (1) akta yang sama kerana menyimpan barang kawalan ditempat yang tidak dilesenkan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TIDAK SAH: Azman (kanan) menunjukka­n tangki yang diubahsuai pada sidang media mengenai rampasan minyak diesel dalam Operasi Barang Kawalan Bersubsidi Diesel di Stor KPDNHEP Sri Muda Seksyen 25 Shah Alam, dekat Shah Alam, semaam.
— Gambar Bernama TIDAK SAH: Azman (kanan) menunjukka­n tangki yang diubahsuai pada sidang media mengenai rampasan minyak diesel dalam Operasi Barang Kawalan Bersubsidi Diesel di Stor KPDNHEP Sri Muda Seksyen 25 Shah Alam, dekat Shah Alam, semaam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia