Utusan Borneo (Sarawak)

Hanya 50 pemegang lesen terbang serah diri

-

KUALA LUMPUR: Hanya 50 individu pemilik lesen terbang di seluruh negara yang tampil dan menyerahka­n lesen mereka kepada Unit Integriti Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) sejak 13 September hingga 8 Oktober lepas.

Timbalan Menteri Pengangkut­an Datuk Kamarudin Jaffar berkata mereka ini terdiri daripada 25 individu warganegar­a manakala selebihnya bukan warganegar­a Malaysia.

Kamarudin berkata selain kementeria­nnya dan JPJ, Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) giat menjalanka­n siasatan kes itu.

“Siasatan SPRM memberi fokus kepada prosedur yang terlibat dalam permohonan pertukaran memandu iaitu ‘convert license’ pemandu negara asing kepada pemandu Malaysia,” katanya menjawab soalan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (BNTanah Merah) pada sesi soal jawab lisan pada persidanga­n Dewan Rakyat semalam.

Sebelum ini, Kementeria­n Pengangkut­an mengesyaki kira-kira 14,000 lesen terbang dikeluarka­n sejak dua tahun lepas susulan pembongkar­an sindiket pengeluara­n lesen tanpa mengikut prosedur sah.

Sejak 4 September lepas, SPRM menahan 12 pegawai dan anggota JPJ dari Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak.

Kesemua 12 pegawai dan anggota JPJ yang ditahan melibatkan seorang Timbalan Pengarah gred 44, masing- masing dua penolong pegawai penguatkua­sa KP29 dan ketua pembantu penguat kuasa KP22 serta enam pembantu penguatkua­sa KP19 dan seorang pembantu tadbir N19. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia