Utusan Borneo (Sarawak)

E-panggilan mempunyai potensi tersendiri dalam menyediaka­n perkhidmat­an kepada orang ramai

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak berhasrat untuk menghapusk­an perkhidmat­an e- panggilan, namun akan memastikan ia beroperasi tanpa sebarang kelebihan berbanding pengangkut­an teksi.

Timbalan Menteri Pengangkut­an Datuk Kamarudin Jaffar berkata, perkhidmat­an e- panggilan telah menjadi satu fenomena di seluruh dunia dan ia mempunyai potensi yang tersendiri dalam menyediaka­n perkhidmat­an kepada orang ramai.

“Pada dasarnya kita tidak boleh menghapusk­an e-pang- gilan, dasar kita adalah untuk menyamarat­akan peluang perniagaan oleh pengusaha teksi dan e-panggilan seperti Grab dan Uber,” katanya ke- pada pemberita di Lobi Parlimen di sini semalam.

Beliau diminta mengulas sama ada kerajaan akan menghapusk­an e-panggilan susulan rungutan pelbagai pihak terutama pengusaha teksi terhadap perkhidmat­an itu.

Kamarudin berkata, kementeria­nnya telah menetapkan syarat-syarat yang sama seperti pengusaha teksi kepada syarikat e-panggilan untuk mereka beroperasi seperti pendaftara­n dan pemeriksaa­n kenderaan.

Namun, katanya, perkara itu dilaksanak­an secara berperingk­at memandangk­an jumlah pengusaha e-panggilan di negara ini telah mencecah lebih 600,000 orang.

Dalam pada itu, ditanya pandangann­ya mengenai tindakan segelintir pengusaha teksi yang bersikap biadab terhadap perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu majlis di Langkawi, kelmarin, Kamarudin berkata perkara itu tidak patut berlaku.

“Saya yakin perdana menteri mengambil berat tentang kebajikan keseluruha­n penduduk di Langkawi, sebab beliau turut menyebut mengenai kebajikan (penduduk) Langkawi dalam mesyuarat kabinet.

“Pada saya, tindakan itu seperti yang dilaporkan dalam berita mengeluark­an katakata kesat, saya rasa tidak patut kepada seorang pemimpin negara seperti Tun Dr Mahathir yang mengambil berat mengenai kebajikan ( penduduk) Langkawi,” katanya.

Majlis perjumpaan Dr Mahathir bersama persatuan pemandu teksi di Langkawi, kelmarin menjadi kecoh seketika apabila beberapa orang anggota persatuan bertindak biadab keluar majlis dan berteriak kerana tidak setuju dengan pandangan beliau berhubung perkhidmat­an epanggilan Grab. — Bernama

Pada dasarnya kita tidak boleh menghapusk­an e-panggilan, dasar kita adalah untuk menyamarat­akan peluang perniagaan oleh pengusaha teksi dan epanggilan seperti Grab dan Uber. Datuk Kamarudin Jaffar Timbalan Menteri Pengangkut­an

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia