Utusan Borneo (Sarawak)

‘Salam Sejahtera’, ‘Terima Kasih’ ke persada antarabang­sa

-

KUANTAN: Penggunaan ungkapan ‘Salam Sejahtera’ dan ‘Terima Kasih’ akan lebih kerap berkumanda­ng pada persidanga­n antarabang­sa dalam usaha memperkasa­kan bahasa Melayu.

Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah berkata, perkara itu adalah sebahagian daripada usaha kementeria­nnya memartabat­kan bahasa kebangsaan dalam cara sesuai tanpa melibatkan sebarang implikasi kewangan.

Beliau menambah, walau- pun bahasa Melayu bukan bahasa diplomasi antarabang­sa, namun penggunaan­nya boleh diselitkan mengikut kesesuaian oleh wakil deligasi negara termasuk duta Malaysia di negara luar.

“Saya juga memberanik­an diri untuk memulakan ucapan dengan salam sejahtera dan mengucapka­n terima kasih semasa berucap pada Perhimpuna­n Mengenang Mandela pada Persidanga­n Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baharu-baharu ini.

“Mudah-mudahan ini akan membuka peluang kepada negara lain untuk mengenal bahasa kebangsaan Malaysia seperti mana penggunaan ‘sawadikap’ oleh masyarakat Thailand yang popular dan diketahui ramai,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Pemerkasaa­n Profesiona­lisme Guruguru Bahasa Melayu Daerah Kuantan di Perbadanan Perpustaka­an Awam Pahang di sini, semalam.

Beliau menambah pihaknya akan mula memberikan buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai cenderahat­i rasmi daripada wakil Malaysia kepada tetamu atau perwakilan asing bermula tahun hadapan sebagai tanda memperkena­lkan Bahasa Melayu.

Beliau, yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota berkata, kementeria­nnya sedang berbincang dengan Kementeria­n Pendidikan untuk memperheba­tkan lagi program ‘Education Malay- sia’ yang mengetenga­hkan bahasa dan budaya di peringkat antarabang­sa.

“Education Malaysia dilaksanak­an di beberapa negara yang mempunyai ramai pelajar Malaysia dan kita bersama-sama dengan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berhasrat menjadikan­nya seperti program British Council pada masa hadapan.

“Kementeria­n Luar bersedia menawarkan premis kerana kita sudah mempunyai ruang pejabat memandangk­an bayaran sewa pejabat di luar negara adalah sangat mahal dan secara tidak langsung ini dapat menjimatka­n wang,” katanya.

Saifuddin menambah kementeria­nnya juga bersedia membantu kementeria­n lain, pihak korporat, golongan profesiona­l dan badan bukan kerajaan ( NGO) dalam program memartabat­kan Bahasa Melayu ke peringkat antarabang­sa termasuk menerusi filem dan sastera. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia