Utusan Borneo (Sarawak)

AADK bakal kemuka cadangan akta khusus tangani penyalahgu­naan inhalan

-

KUALA LUMPUR: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) akan mengemukak­an cadangan kepada kerajaan bagi mewujudkan akta khusus bagi menangani penyalahgu­naan bahan sedutan atau inhalan.

Pengarahny­a Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, draf akta tersebut kini disemak penasihat undangunda­ng agensi AADK dan berada di peringkat akhir sebelum diserahkan kepada Kementeria­n Dalam Negeri untuk tindakan selanjutny­a.

“Pada masa ini, tiada akta khas dikenakan terhadap individu yang didapati menyalahgu­nakan bahan sedutan seperti gam dan petrol.

“Mereka (pesalah) akan dikenakan tindakan di atas kesalahan lain seperti terlibat dengan kes-kes lain seperti mencuri dan sebagainya,” katanya ketika ditemui Bernama baru-baru ini.

Sehingga Julai tahun ini, seramai lapan penagih bahan sedutan pam, petrol dan ketum dilaporkan berbanding sembilan penagih dalam tempoh sama tahun lepas.

Zulkifli berkata masalah penyalahgu­naan inhalan ini membimbang­kan namun bilangan individu yang terbabit tidak meningkat kerana terdapat pilihan dadah jenis lain.

Tegasnya, aktiviti menghidu gam dan petrol ini akan membawa kerosakan pada otak sehingga boleh membawa kesan buruk kepada diri dan keluarga.

Ketika ini, individu yang didapati terlibat dengan penyalahgu­naan dadah boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Penagih Dadah 1983 dan Akta Dadah Berbahaya 1952. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RAMAH MESRA: Saifuddin (empat kiri) beramah mesra dengan guru dan tetamu selepas merasmikan Bengkel Pemerkasaa­n Profesiona­lisme Guru Bahasa Melayu Daerah Kuantan di Perbadanan Perpustaka­an Awam Pahang, dekat Kuantan, semalam. Turut hadir Pengerusi Persatuan Anak Seni Indera Mahkota, Teo Wei Seng dan Pengarah Perbadanan Perpustaka­an Awam Pahang, Farizah Jaafar (tiga kiri).
— Gambar Bernama RAMAH MESRA: Saifuddin (empat kiri) beramah mesra dengan guru dan tetamu selepas merasmikan Bengkel Pemerkasaa­n Profesiona­lisme Guru Bahasa Melayu Daerah Kuantan di Perbadanan Perpustaka­an Awam Pahang, dekat Kuantan, semalam. Turut hadir Pengerusi Persatuan Anak Seni Indera Mahkota, Teo Wei Seng dan Pengarah Perbadanan Perpustaka­an Awam Pahang, Farizah Jaafar (tiga kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia