Utusan Borneo (Sarawak)

Penghantar­an pulang pelarian Rohingya mungkin tahun depan

-

KUANTAN: Proses penghantar­an pulang etnik Rohingya ke Rakhine, Myanmar berkemungk­inan dilaksanak­an pada tahun hadapan, kata Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata usaha membantu golongan itu pulang ke negara asal telah mula dilaksanak­an oleh Pasukan Khas MenteriMen­teri Luar ASEAN yang diketuai Menteri Luar Singapura Vivian Balakrishn­an, selaku negara yang mengetuai ASEAN tahun ini.

“Pasukan khas ini akan ke Myanmar pada hujung bulan ini untuk berbincang bagaimana kaedah paling cepat untuk membantu masyarakat Rohingya pulang dengan sasarannya bermula awal tahun depan.

“Kita tidak tahu berapa laju proses ini boleh dilaksanak­an, namun ia harus dimulakan kerana selagi tiada permulaan, selagi itu masalah melibatkan pelarian Rohingya tidak selesai.

“Penting untuk kita membantu golongan ini pulang ke negara asal kerana jika tidak, ia membenarka­n penghapusa­n etnik yang sedang berlaku,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Bengkel Pemerkasaa­n Profesiona­lisme Guru-guru Bahasa Melayu Daerah Kuantan di Perbadanan Perpustaka­an Awam Pahang di sini, semalam.

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota menambah antara tindakan yang dijangka akan dilaksanak­an oleh pasukan khas itu ialah menubuhkan sebuah pasukan pemantau bagi memastikan keselamata­n masyarakat Rohingya di Myanmar.

Katanya, kewujudan pasukan pemantau penting memandangk­an masyarakat Rohingya bimbang untuk pulang kerana ramai yang diseksa dan ditahan, menyebab- kan mereka terus mengambil risiko menjadi pelarian di negara asing.

Risiko keselamata­n juga menyebabka­n terdapat kira- kira sejuta masyarakat Rohingya di Bangladesh, yang turut dibantu kerajaan Malaysia menerusi pelaksanaa­n hospital medan di Wilayah Cox’s Bazar atas dasar perikemanu­siaan, katanya.

“Masyarakat Rohingya di Malaysia dibantu dalam agenda pendidikan kepada kanak-kanak mereka tanpa melibatkan dana atau wang kerajaan, sebaliknya dilaksanak­an dengan penglibata­n badan bukan kerajaan (NGO).

“Setakat ini terdapat enam NGO yang telah memulakan pusat pendidikan anak Rohingya dengan bergantung kepada dana hasil carian sendiri atau sumbangan pihak antarabang­sa seperti Yayasan Qatar yang membantu penajaan kebajikan dan pendidikan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia