Utusan Borneo (Sarawak)

Bomba perlukan jengkaut lebih besar untuk alih tanah

-

GEORGE TOWN: Lapan puluh peratus daripada 9,290.3 meter persegi (100,000 kaki persegi) tanah di lokasi tanah runtuh di Jalan Bukit Kukus, Paya Terubong dekat sini telah dialihkan bagi menjalanka­n operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang masuk hari keempat semalam.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Pulau Pinang Mohamad Shoki Hamzah berkata 20 peratus lagi tanah yang berada di sektor ketiga dijangka dapat dialih dalam tempoh dua hari kerana beberapa kesukaran di kawasan berkenaan.

“Sektor ketiga melibatkan kawasan timbunan tanah runtuh yang tinggi iaitu kirakira 20 meter dan kami perlu gunakan jengkaut yang lebih besar bagi mengalihka­n tanahtanah itu hingga ke dasar.

“Kami harap dapat temui dua lagi lelaki Bangladesh yang dikhuatiri masih hilang di kawasan berkenaan dan fokus pasukan penyelamat memang mencari mereka yang dikenali sebagai Ujal, 25, dan Rahat, 33, itu,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Beliau berkata pihaknya tidak menetapkan tempoh masa tertentu untuk operasi SAR dua lelaki Bangladesh itu dan akan menjalanka­n operasi sehingga berpuas hati tiada lagi mangsa di lokasi kejadian.

Mohamad Shoki berkata ketika ini Unit Anjing Pengesan (K-9) telah mengenal pasti satu lagi lokasi di sektor ketiga yang kemungkina­n terdapat mangsa dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh itu.

“Dengan cuaca baik hari ini (semalam), kami harap dapat menjalanka­n operasi SAR berterusan sehingga dua mangsa yang dilapor hilang itu ditemui. Pasukan penyelamat akan memberhent­ikan operasi jika hujan,” katanya.

Beliau juga meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga atau rakan di lokasi tanah runtuh itu tampil membuat laporan kepada pihak berkuasa bagi membolehka­n pasukan penyelamat menjalanka­n operasi SAR.

Kejadian yang menimbus kontena serta rumah kongsi pekerja binaan Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus itu turut menyebabka­n empat orang cedera terdiri daripada seorang lelaki Bangladesh, dua wanita Indonesia, seorang daripadany­a mengandung empat bulan, dan seorang wanita Kemboja. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MISI DITERUSKAN: Pasukan Bomba dan Penyelamat membawa keluar mayat kesembilan yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh projek pembinaan Lebuhraya Berkembar di Jalan Bukit Kukus, Paya Terubong, semalam.
— Gambar Bernama MISI DITERUSKAN: Pasukan Bomba dan Penyelamat membawa keluar mayat kesembilan yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh projek pembinaan Lebuhraya Berkembar di Jalan Bukit Kukus, Paya Terubong, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia