Utusan Borneo (Sarawak)

DOSH tubuh jawatankua­sa khas siasat tanah runtuh

-

GEORGE TOWN: Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan ( DOSH) telah menubuhkan jawatankua­sa siasatan khas untuk menyiasat punca kejadian tanah runtuh di projek lebuh raya berkembar di Paya Terubong yang setakat ini mengorbank­an lapan pekerja asing.

Pengarah DOSH negeri Mohd Rosdee Yaakob berkata jawatankua­sa khas itu antaranya dianggotai pegawai dari ibu pejabat DOSH, bahagian forensik, Jabatan Mineral dan Geosains serta Jabatan Kerja Raya.

“Setakat ini, kami telah bermesyuar­at untuk membincang­kan strategi bagi menyiasat kejadian itu dan mengumpul maklumat dari tapak kejadian,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau berkata penglibata­n anggota dari pelbagai agensi termasuk satu pasukan siasatan dan pendakwaan (SSP) DOSH dalam jawatankua­sa khas itu diperlukan kerana setiap agensi itu mempunyai kepakaran mereka dalam membantu menyelesai­kan kes itu.

Beliau berkata DOSH mempunyai tempoh tiga bulan untuk menyediaka­n laporan mengenai siasatan punca kejadian tetapi kemungkina­n besar siasatan itu dapat diselesai lebih awal atas kerjasama pelbagai pihak.

Sementara itu, Rosdee berkata setiap kerja- kerja pembanguna­n perlu berdaftar agar projek itu dapat dipantau oleh DOSH dari segi keselamata­n tapak dan kesihatan pekerja, tetapi bukan dalam bidang kuasa DOSH untuk hentikan semua projek.

“Arahan henti kerja kami selalunya dikeluarka­n selepas pemeriksaa­n dan penilaian risiko dibuat ke atas projek yang bermasalah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas desakan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) negeri agar DOSH menghentik­an semua pembanguna­n lereng bukit di Pulau Pinang selepas tragedi tanah runtuh di Paya Terubong itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia