Utusan Borneo (Sarawak)

Pasukan penyelamat gali lima meter lagi untuk mencari mangsa lain

-

GEORGE TOWN: Mayat kesembilan mangsa kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Kukus, Paya Terubong di sini ditemui tertimbus sedalam lima meter dalam runtuhan tanah, kata Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang Mohamad Shoki Hamzah.

Beliau berkata mayat Mohamad Uzzal, lelaki warga Bangladesh, ditemukan berhampira­n kontena terakhir pada jam 5 petang.

“Mohamad Uzzal (33 tahun) yang sebelum ini dikenali sebagai Ujal ialah seorang daripada dua mangsa yang dikhuatiri hilang. Mayatnya ditemui dalam keadaan sempurna dan rakannya yang berada di lokasi membuat pengecaman dan menge- sahkan itu adalah Uzzal,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam.

Beliau berkata pihaknya percaya mangsa terakhir Md Rahaz yang sebelum ini dikenali sebagai Rahat berada di kawasan berhampira­n dengan mayat Uzzal ditemukan.

Pasukan penyelamat sedang menggali sedalam kira-kira lima meter lagi di kawasan sekitar penemuan mayat Mohamad Uzzal untuk mencari mangsa lain yang tertimbus.

“Kontena terakhir yang kami temui itu hancur dan kami tidak menolak kemungkina­n ada beberapa lagi mayat lain di kawasan sekitar kontena itu,” katanya.

Mohamad Shoki berkata keadaan cuaca baik dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) akan diteruskan sehingga semua kerja pembersiha­n di kawasan sektor tiga itu selesai.

Sehingga jam 7 malam tadi, sembilan mayat telah ditemui terdiri daripada tiga lelaki Indonesia, lima lelaki Bangladesh dan seorang wanita Myanmar, manakala seorang lagi lelaki Bangladesh dilapor masih hilang dipercayai tertimbus dalam runtuhan itu.

Kejadian yang menimbus kontena serta rumah kongsi pekerja binaan Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus itu turut menyebabka­n empat orang cedera terdiri daripada seorang lelaki Bangladesh, dua wanita Indonesia, seorang daripadany­a mengandung empat bulan, dan seorang wanita Kemboja. — Bernama

Kontena terakhir yang kami temui itu hancur dan kami tidak menolak kemungkina­n ada beberapa lagi mayat lain di kawasan sekitar kontena itu. Mohamad Shoki Hamzah Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang

 ?? — Gambar Bernama ?? BUKTI: Khaliluddi­n menunjukka­n gambar Md Abdul Jalil yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Kukus Paya Terubong Jumaat lepas di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang, George Town semalam.
— Gambar Bernama BUKTI: Khaliluddi­n menunjukka­n gambar Md Abdul Jalil yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Kukus Paya Terubong Jumaat lepas di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang, George Town semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia